24 Dis 2012

Kita perlu mempelajari bahasa Isyarat

Apabila saya menghadiri majlis perkahwinan ini, saya fikir, inilah majlis yang sangat istimewa. Pasangan pengantin merupakan pasangan yang berkeperluan khas. Mereka menghadapi masalah tidak boleh bertutur. Semasa akad nikah dilangsungkan, tok kadi ditemani dengan seorang jurubahasa. Alhamdulillah,pengantin lelaki hanya melafazkan sekali akad sah.

Di satu sudut pula saya dan rakan berbual-bual berdekatan malah kadang-kala kami merapatkan cuping telinga agar perbualan dapat didengar dengan lebih jelas kerana kadar pembesar suara yang sangat tinggi. Namun, seketika bualan saya terhenti sejenak kerana saya melihat sekumpulan rakan-rakan penggantin yang asyik berbual diselang seli dengan senyuman antara mereka, biarpun dalam keadaan yang bising. Mereka asyik berkomunikasi dengan isyarat tangan. Dalam hati saya berbisik subahanallah. Itulah keistimewaan mereka. Setiap kejadian ada kelebihannya.


Di satu sudut lagi saya melihat sekumpulan anak-anak muda juga merupakan teman-teman pengantin yang bertanyakan sesuatu kepada seorang makcik. Akhirnya, makcik tu mungkin menjemput mereka untuk menjamu selera. Hanya  isyarat makan sahaja yang saya fahami. Saya fikir makcik tu pun begitu. Dalam hati saya mengeluh. Kasihannya saya. berapa patah sahaja bahasa isyarat yang saya ketahui, bagaimana saya boleh berkomunakasi dengan baik jika saya bertemu dengan mereka. Alangkah malunya saya.

Kejadian yang saya lalui, memberi kesedaran  bahawa, sebagai orang yang memiliki kesempurnaan fizikal yang dipinjam ALLAH, sepatutnya saya belajar bahasa isyarat agar boleh berkongsi cerita dengan mereka. Jom kita belajar beberapa bahasa isyarat mudah. Terima kasih kepada blog http://amirul-arif.blogspot.com.








Diharap boleh dijadikan panduan kepada kita semua