17 Jun 2012

Pasar Ikan Kering Kota Kinabalu

Pasar ini terletak di tepi laut di bandar Kota Kinabalu. Pasar ini merupakan antara tarikan pelancong dalam dan luar negari. Sesiapa yang datang ke sini hanya untuk meninjau-ninjau sahaja, pasti akan berkunjung lagi. Hal ini demikian kerana, banyak barang-barang yang boleh dijadikan buah tangan. Antara makanan laut yang terdapat di sini ialah ikan bilis kering yang dijual dalam pelbagai gred, udang kering, ikan masin, sotong kering, kuih- kuih tradisional suku kaum dari seluruh negeri Sabah dan pelbagai. Aktiviti jual beli memang rancak di sini. Pembeli perlu pandai menawar harga dengan penjual.


Pasar ikan masin

Pelbagai jenis makanan laut yang dikeringkan

Ikan masin keropok

Ikan bilis kering pelbagai gred  dan  udang kering


Amplang ikan dan udang antara makanan tradisional
yang terdapat di sini.


Ini pula Kuih Cincin


Emping belinjo bersira.

Jika membeli dengan kuantiti yang banyak, penjual menyediakan perkhidmatan pembungkusan. Bungkusan kotak yang menarik. Jadi, pembeli tidak perlu risau akan barang belian tersebut.Jom datang ke Sabah...