15 Ogo 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Assalamulaikum wr.wb. buat pengunjung-pengunjung D'Siringwalai saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang beberapa hari lagi. Sudah lama saya tidak mencatat sesuatu di laman  ini. Dek kerana hambatan  tugas, D'Siringwalai tertinggal seketika. Pun begitu saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan seandainya coretan yang disiarkan menyinggung mana-mana hati.  Jua tidak dilupakan buat rakan-rakan setugas, kaum kerabat yang jauh dan dekat, semua pelajar-pelajar SMKR khususnya pelajar-pelajar kelas 5 Zuhrah, 3 Utarid, 4 Zuhal dan 1 Utarid , Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

14 Jul 2012

Sayang...

Pengalaman berhadapan dengan pelajar-pelajar yang kurang bermotivasi untuk belajar amat memeningkan kepala. Membangunkan motivasi pelajar yang datang daripada  pelbagai latar belakang kehidupan memang mencabar golongan pendidik pada hari ini. Hal ini demikian kerana, persekitaran dan keluarga merupakan antara faktor terkuat membentuk keperibadian mereka. Bayangkan perasaan guru apabila melihat pelajar  tidur di dalam kelas ketika menerangkan pelajaran pada hari itu. Bukan pada hari itu sahaja, tetapi juga pada hari-hari lain. Bayangkan juga perasaan guru apabila memasuki kelas, hampir 25 peratus pelajar tidak hadir ke sekolah. Pelbagai alasan yang diberikan oleh pelajar. Sehingga muak guru mendengarkannya. Pelajar-pelajar lain sedang sibuk menyiapkan tugasan sementara sebahagian yang lain seolah-olah tidak menghiraukannya, Jika ditanya"Mana buku latihan?", Dengan wajah selambah jawapan yang diskripkan saban hari "Buku tertinggal di rumah". Huhhh. Jawapan yang menaikkan darah guru. Sungguh mencabar sebenarnya menjadi pendidik. Malahan ada yang akan menjawab guru "Tebalnya buku yang saya nak baca". "Banyaknya tulisan yang perlu di baca".

Periksalah beg-beg sekolah mereka, nipis. Tak berisi dengan buku. Jadual pembelajaran setiap hari akan diisi oleh empat hingga lima mata pelajaran. Hal ini bermaksud pelajar-pelajar akan membawa lima buah buku latihan, nota dan buku rujukan, buku teks ke sekolah mengikut mata pelajaran yang dijadualkan saban hari dalam seminggu. Apatah lagi untuk menulis, pen pun dipinjam daripada kawan. Pelajar-pelajar inikah sebagai gambaran pemimpin pada masa hadapan?

Kerja rumah yang diberikan oleh guru tidak disiapkan. Bagaimanakah guru membantu pelajar-pelajar ini?. Guru tidak dapat mengesan aspek kelemahan pelajar dalam satu-satu topik jika respon pelajar terhadap pelajaran sangat negatif. Kehadiran ke sekolah hanya sebagai satu pelarian daripada dimarahi oleh ibu bapa, atau sebagai ikut-ikutan kawan.Kasihan...

Mampukan mereka melalui kehidupan dan memikul tanggungjawab pada masa hadapan yang sangat mencabar???

Mungkin gambaran ini hanya dilalui oleh segelintir sekolah. Hal ini akan menjadi kudis yang tidak dapat diubati jika tidak ditangani dengan sebaik mungkin. Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan agar masalah terpencil ini dapat diatasi dengan sebaik-baiknya demi masa depan agama, keluarga, bangsa dan negara.


29 Jun 2012

Sambutan Hari Guru SMKR 2012

Memang meriah sambutan hari guru peringkat sekolah pada tahun ini. Terima kasih kepada pengarah sambutan Pn. Mawarni Abdulatiph dan pelajar-pelajar Pra-U atas dan bawah. 

Beberapa acara telah di atur untuk guru-guru. Antaranya sukaneka, nyanyian, tarian, koir, dan pelbagai acara. Guru-guru diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan.


Cg.Munaf menerangkan cara-cara menyambut
air dengan telepak tangan.
Bahhh.Cg.Johalim, ini kalilah mau pancing
butul-butul

Ok bah Fido,buli bah kalo ko...

Cg. Haiten menyudu  untuk menyambut buah pinang
yang telah dikopek

Kopek pinang pada hari biasa, no problum, bila masuk pertandingan
sia gegeran maa tu...

Cg.Hung 
Ini pula, acara sepak bola

Futsal
Aksi sedang menonton vedio zumba kelmarin.

Sebelum acara bermula di dewan, guru-guru disediakan sarapan dengan
nasi lemak di foyer



Sementara menunggu diarak ke dewan, guru-guru sempat
berksi depan kamera.

Opo, sempat lagi di make-upkan

ini pula Fido

Lawa tomod bah si Jainah


Cg. Shamrin

Cg. Zubaidah
Cg. Rohani

Memang Cg Hamka jugalah

Cg. Hirdenie dan Cg. Sazaliah, batik sekolah
yang baharu

Cg. Santonina dan Cik Aryanti

Selamat Hari Guru cikgu, NurSyakin,Norshafiqah dan Nur Farah

Afiq dan cikgu BM

Selamat Hari Guru!!

Menanti ketibaan guru-guru
Ketibaan PK Tg. 6, En. Mahtar Ag.Besar

Bacaan ikrar hari guru, lagu tema hari guru dan lagu Guru Malaysia
yang diketuai oleh pengetua En. Yahadi Yasili

Persembahan pelajar memang menghiburkan

Persembahan sketsa daripada pelajar dan Pn. Sahajisa

Dua buah lagu yang dinyanyikan oleh Cg. Mahtar,
menggamatkan suasana dewan, lebih-lebih lagi apabila menyanyikan
lagu Hindi

Tarian Orang Kerdil sangat menghiburkan

Persembahan choral speaking

Persembahan koir

Inilah bungkusan gula-gula yang diberikan oleh pelajar
Kad ucapan yang diterima




Terharu apabila diberikan setangkai bunga ros



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta


Amanah yang diberi

Kami tak persiakan 

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad




28 Jun 2012

Serunding Tuhau

Kali ini kita kenali pula satu lagi makanan tradisional orang Dusun . Makanan ini dikenali dengan Serunding Tuhau. Pn.Suhadah sering bawa makanan ni ke sekolah. Serunding ni ada bunga kantannya, lada putih, ikan bilis, Suhadah, campurkan kacang goreng lagi tambah enak. Mmmm ...

Semua bahan perlu digoreng berasingan. Semasa menggoreng, campurkan serbuk perasa dan garam. Bila dah kering angkat dan campurkan semua bahan yang telah digoreng. Siap untuk dihidang...


Serunding Tuhau


Resepi ini Suhadah yang bagi. Ponsikao kio...

24 Jun 2012

Damai ECo Ranch Yang Mendamaikan

Yang ni lagi satu tempat menarik untuk dikunjungi di Lohan Ranau. Udara yang bertiup dingin, menambahkan kedamaian tempat ini. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Santai dan jauh dari kesibukan kota. Sesuai untuk percutian hujung minggu.


Inilah dia Damai Eko Ranch, Kg. Skem 2, Lohan, Ranau.

Pelbagai kemudahan disediakan...



Sedappp

Pas makan, main indoor game lak, jom
kita memanah. Sebelum tu kena pakai
sarung jari dan lenggan.


Adeq, cuba dan tengok ni memang jauh pacak anak panah...

Mari, abang pula cuba

Eittt..ketat plak talinya nie..

Abang, tengok saya, ada pengalaman pegang M16 bahh

Sasaran di bulatan kuning tu, kakak tak jelus 
dengan kami di sini?
Jom, ani lagi kitani try...
Bola melantun pula, bukan meleret, jadi camna ni ...?

Ok saya lagi...

Anak-anakku ani mengail lauk, tangahari tutuk

Abang cuba ya...

Mama  iso sada...
Oklah nanti kita datang lagi nak main paintball dan flying fox.Jom kitani mulih...