21 Dis 2011

Senyuman Am...

Sedang sibuk berbincang dengan rakan bagi penambahbaikan hiasan pentas untuk satu majlis, saya  menoleh terlihat ada seseorang yang tersenyum kepada saya. Toleh kali kedua dia senyum lagi dalam hati berkata mungkin dia sedang tersenyum disebabkan bualan lawak rakan di sebelah, toleh kali ketiga dia senyum lagi. Siapalah mamat yang senyum meleret ni.

Saya ni bukannya muda lagi dah beranak pinak. Badanpun macam pokok jambu air. Semakin rendang…Tak lama selepas tu dia bergerak menuju ke arah saya, sambil berkata”Sah, memang kak Ida tidak kenal sayakan”

Saya kebinggungan.Yalah, saya langsung nak mengingati pemuda di hadapan ini. Siap panggil nama di kampung lagi. Dalam masa singkat berhadapan dengannya,  kotak fikiran  sibuk bekerja keras mengimbas gerangan anak muda ini.

Nak selamatkan keadaan, saya buat-buat kenal. Dia semakin mesra, malah bertanya hal-ehwal keluarga.Amboiii. Sepanjang perbualan saya sentiasa meneliti “hints” yang boleh mengingatkan saya kepada anak muda ni. Saya amat-amati wajahnya, sayang sekali memori saya masih belum menemui maklumat yang diperlukan. Saya cuba pula mengenalinya melalui suaranya. Saya masih tidak berjaya dalam permainan ini. Dia tersenyum lagi. Akhirnya, saya agak boleh cam dengan senyumannya. Yaaa, dia  Wan, Wan Am. Anak jiran di kawasan perumahan yang saya dan keluarga tinggal lebih dua puluh tahun yang lalu… Masya-Allah.


Sudah lama tidak bertemu dengan keluarga Wan Am. Pertemuan terakhir kira-kira lebih 20 tahun yang lalu. Masa tu Wan Am masih kanak-kanak lagi. mungkin berumur sekitar 8 tahun. Hinggusan lagi mana nampak tampannya. Kini Wan Am sudah dewasa, malah telah menjadi suami orang.

Syukur alhamdulillah masih ada anak-anak muda yang mengenali saya, biarpun telah lama saya meninggalkan mereka. Sikap anak muda ini sangat menyentuh perasaan saya.

Kini, sikap seperti ini sudah jarang kita temui. Jika ada remaja yang dikenali, terserempak di mana-mana, ada yang akan berpura-pura membuang pandangan ke arah lain, ada yang akan ambil langkah buat-buat tak kenal atau menyimpang ke arah lain.

Saya gembira dengan pertemuan ini, berasa rindu pula dengan kampung lama, terima kasih Am, biarpun pertemuan sesingkat ini, namun masih mampu mengimbau kenangan lama ketika dua puluh tahun yang lalu…