2 Jun 2012

Lugus Penyambung Silaturrahim

TRADISI makan sirih dan pinang merupakan warisan budaya silam, melebihi 3,000 tahun yang lampau atau zaman Neolitik dan diamalkan dengan meluas di rantau Asia Tenggara, hingga pada abad kini. Pengamalnya terdiri daripada pelbagai golongan termasuk masyarakat marhaen, pembesar negara, raja serta kalangan istana dan tidak ketinggalan juga kanak-kanak.

Budaya ini  dikatakan berasal dari India, berdasarkan cerita-cerita sastera. Manakala jika berdasarkan bukti linguistik, kemungkinan besar tradisi ini berasal dari kepulauan Indonesia. Pelayar terkenal Marco Polo diabad ketiga belas telah menulis dalam catatannya bahawa terdapat segumpal sentil atau songel tembakau di mulut kaum India. Kenyataan ini dijelaskan juga oleh penjelajah terdahulu daripadanya seperti Ibn Batuta dan Vasco Da Gama yang menyatakan terdapat masyarakat di sebelah Timur memakan sirih.

Di Indonesia pula kebiasaan makan sirih dan pinang (Areca catechu L) sudah dikenal sejak lama oleh masyarakat Indonesia. Tepatnya sekitar abad ke-6 masehi. Kebiasaan tersebut sudah dikenal oleh masyarakat di Kalimantan sejak lama, tepatnya pada abad ke-9 sampai ke-10 Masehi. Hal tersebut kemudiaan menyebar ke seluruh pulau Kalimantan terutama di Kalimantan Tengah. Masyarakat Kalteng pada umumnya juga sangat menggemari makan sirih.

Sementara di Malaysia, tradisi ini dikatakan mungkin bermula tanpa pengaruh luar. Masyarakat India menyatakan bahawa sirih pada mulanya bukan untuk dimakan, tetapi adalah sebagai bahan persembahan sewaktu sembahyang di kuil-kuil sahaja. Beberapa daun sirih akan dihidangkan bersama-sama sebelah kelapa yang telah dibelah dua berserta dua biji pisang emas sebagai persembahan untuk dewa.

Kini sirih menjadi popular dalam kalangan masyarakat Melayu, selain dimakan oleh masyarakat marhaen, juga sebagai simbol adat resam dan adat istiadat Melayu yang telah menjadi suatu kepastian di dalam beberapa upacara adat kaum tersebut. Dalam urusan nikah kahwin, perubatan tradisional dan banyak lagi adat adalah sebagai contoh  sirih itu digunakan secara beradat sekali.

Sirih junjung dihias cantik sebagai sebahagian barang hantaran pengantin dan juga sirih penyeri kepada pengantin perempuan. Selain itu di dalam upacara rasmi kebesaran istana dan kerajaan juga, sirih junjung memainkan peranan penting, dimana ianya menjadi penyeri majlis dan mengepalai sesuatu perarakan yang diadakan.

Bagi masyarakat KadazanDusun pula, budaya memakan pinang atau lugus  juga telah lama diamalkan. Memakan lugus sudah menjadi amalan sebahagian besar masyarakat ini ke mana-mana sahaja mereka pergi bekalan pinang sirih pasti dibawa. Seandainya terlupa untuk membawanya, sudah menjadi satu kebiasaan untuk berkongsi pinang dan sirih dengan orang yang tidak dikenali. Justeru, terjalinlah hubungan persahabatan tanpa disengajakan. Kemesraan terjalin dengan adanya budaya makan sirih.

Pinang dan siring sudah menjadi sumber pendapatan tetap dan sampingan masyarakat ini.


Buah pinang

Kapur sirih antara bahan yang digunakan dalam ramuan makan pinang

ini pula daun kodoroi berfungsi sebagai bahan pewarna untuk
mencantikkan warna kunyahan sirih pinang si pemakannya.

Lilin ini digunakan sebelum memakan sirih. Disapukan
pada bahagian bibir si pemakan agar warna merah daripada air sirih yang ada di sekitar
mulut senang dibersihkan.

Ramuan sirih pinang yang lemngkap dijual di pasar.

Ini pula daun sirih yang telah dibungkus untuk dijual berharga RM1.00

Selain di lokasi tetap, sirih pinang juga dijual di tapak tamu mingguan

Penjual membersihkan buah pinang untuk dijual.

Pemilik lugus akan menyimpan ramuan makan sirih pinang
di bekas-bekas yang sesuai agar mudah di bawa ke mana-mana.

http://pekanbudaya.blogspot.com/2008/12/sirih-pinang-warisan-budaya-melayu.html