16 Mei 2012

Selamat Hari Guru 2012 yang ke 41

Selamat Hari Guru. Semoga menjadi pendidik yang berjaya. Meskipun  majlis sambutan ini ringkas, tetapi penuh makna sebagai menghargai usaha warga pendidik SMKR.

Tuan Pengetua SMK Ranau
En. Yahadi Yasili

Pengarah Sambutan Hari Guru 2012
Peringkat sekolah, Pn. Mawarni Abdulatiph

Dari kiri-Pen. Kanan Pentadbiran En Latri Labungan, Tn. Pengetua,
dan Pen. Kanan HEM Pn. Halijah Hj. Jani.

Pukulan gong oleh Tn. pengetua menandakan pelancaran
sambutan Hari Guru 2012 Peringkat SMKR sambil diperhatikan oleh
PK Pentd. PK Kokom, PK HEM dan PK Ting. 6

KB Tek dan vokasional Pn. Paima Dusin dan
Pn. Santonina Kaning GC BM

Guru-guru turut mendengar amanat daripada Menteri Pelajaran
yang secara disiarkan secara langsung.

Cg. Jumin dan Cg. Jaini (kaunselor) berbaju putih di belakang
KB Sains dan Matematik En. Heitin Yusuf

 



Para pelajar turut bersama-sama berada
di dewan sekolah.










Upacara ringkas di ruangan lobi


Ringkas dan penuh bermakna sebagai tanda penghargaan



"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".

 SELAMAT HARI GURU 2012, TERIMA KASIH CIKGU!

15 Mei 2012

SELAMAT HARI IBU


AemanBuatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Selamat Hari Ibu buat ibu saya yang tersayang
Pn. Aminah Binti  Yusuf dan kepada semua ibu yang berada di mana-mana sahaja.
Sumbangan Robiatul Saad & Aliza@Norliza Aris & MoHaMad Hakim/Yeop@KiM

http://www.liriklagu.com/liriklagu_ad/Aeman_Ibu.html

TAHNIAH PKP DAN PK HEM


Setinggi-tinggi ucaapan tahniah kepada PKP dan PK Hem atas kenaikan pangkat DG48.

Pen.Kanan Pentadbiran  En. Latri Labungan

Pen. Kanan  HEM Pn. Halijah Hj. Jani
Mudah-mudah  lebih dengan kekuatan yang ada akan membawa SMKR mencapai visi dan misinya.

PERSEDIAAN PENILAIAN 5S SMKR

Sibuk sangatb sibuk dengan persediaan penilaian 5S.


Tanda Pelajar perempuan


AJK Bilik selesa sibuk mengemas apa-apa yang patut



Selipar disediakan untuk pengguna tanda antara alternatif
menjaga kebersihan tandas.

Sangat sibuk...
Mudah-mudahan berbaloi...

PBS

Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia
diadakan di Balai Minda Pejabat Pelajaran Daerah Ranau. Kursus ini melibatkan sekolah -sekolah di daerah Ranau dan Telipud.Kursus ini berlangsung selama 3 hari bermula 2-4 Mei 2012.

Sistem pentaksiran di negara kita akan berubah corak. Jika dahulu murid di negara kita dinilai dengan  kertas dan pensil, kini penilaian melibatkan keseluruhan aspek. Pentaksiran melibatkan pentaksiran sekolah dan penilaian p gusat.

Kumpulan pertama di sekolah menengah yang akan merintis pentaksiran ini bermula daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 2012.

Penceramah Pn. Jane dari Kota Belud




BENGKEL PENULISAN 3 UTARID

Murid-murid kelas 3 Utarid, menyiapkan tugasan pertama setelah saya mengambil alih kelas ini untuk seketika.





CERAMAH MOTIVASI PMR SMK KUNDASANG



SMK Kundasang telah mengadakan ceramah motivasi PMR 2012. Kepada semua calon yang akan menduduki PMR pada tahun ini, diharapkan telah bersedia. Mudah-mudahan beroleh kejayaan yang cemerlang.






Demikian juga halnya dengan SMK Ranau, SMKA Muhammad Ali, SMKA Al-Irsyahdiah, SMK Datu Paduka Mat Salleh dan semua sekolah menengah di daerah Ranau, serta di seluruh Malaysia.

PERASMIAN SMK RANAU

Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau (asalnya dikenali SMK Mat Salleh II), Ranau merupakan sekolah menengah yang ke-10 dalam daerah Ranau. Sekolah ini terletak kira-kira 3 kilometer dari Pekan Ranau. Cadangan untuk membina sekolah ini lahir daripada kesedaran Jabatan Pelajaran Sabah khasnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya tentang betapa pentingnya sebuah Sekolah Menengah yang baru dibina untuk menampung bilangan pelajar di sekitar Pekan Ranau yang semakin bertambah.
Walaupun penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau, Ranau telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1998, tetapi pembinaannya tidak dapat dimulakan kerana masalah ketiadaan tapak sesuai. Oleh itu, Pegawai Pelajaran Daerah Ranau ketika itu Encik Mohd. Nauth Potoh telah diarahkan oleh Pengarah Pelajaran Sabah untuk mencari tapak pembinaan sekolah ini. Apabila mendengar berita bahawa Jabatan Pelajaran Sabah memerlukan tanah untuk membina sekolah, pihak Jawatankuasa Lembaga Pemegang Amanah Tanah Simpanan Perumahan dan Ternakan Bumiputera Kampung Sinarut, Ranau telah menawarkan sebidang tanah seluas 35 ekar untuk membina sekolah ini. Pada peringakat awalnya, mereka telah meletakkan syarat-syarat tertentu sebagai balasan penyerahan tanah kepada pihak kerajaan tetapi kesemua syarat yang telah dikemukakan itu tidak dipersetujui oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Setelah melalui beberapa proses perundingan, akhirnya jawatankuasa Pemegang Amanah Tanah Simpanan tersebut telah bersetuju untuk menyerahkan tapak pembinaan tanah ini “tanpa syarat” kepada Jabatan Pelajaran Sabah. Penyerahan hak milik tapak pembinaan sekolah ini kepada Jabatan Pelajaran Sabah telah berkuatkuasa mulai pada 14 haribulan Disember 2002.


Selepas itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Syarikat Wilayah Jasa Sdn Bhd sebagai kontraktor untuk membina sekolah ini dengan nilai kontrak RM 39 000 000 000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sembilan Juta). Pihak kontraktor telah memulakan kerja-kerja pembinaan sekolah ini pada 1 Januari 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 13 Ogos 2004. Berdasarkan butir-butir kontrak, sekolah ini mempunyai Tempoh Tanggunggan Kecacatan sehingga 13 Ogos 2006.


Pada bulan November 2004, Jabatan Pelajaran Sabah telah meluluskan pembukaan SMK Ranau, Ranau bermula sesi persekolahan tahun 2005. Pada 28 Disember 2004, bangunan SMK Ranau, Ranau diserahkan sepenuhnya oleh pihak kontraktor. En Habdin Bin Ariffin telah diarah untuk menerima kunci bangunan sekolah bagi pihak Jabatan Pelajaran Sabah. Pada masa yang sama, sekumpulan guru telah ditempatkan bertugas di sekolah ini iaitu Encik Jabilin Hadimin, En Johalim Hj Ishim, Encik Mahat Tahir, Encik Zulkiflee Gakau, Puan Silis Tina A. Basil, Puan Aggness Tona Antonius dan Encik Ashly Kasin. Pada 2 Januari 2005, suatu Majlis Membaca Yassin, Solat Hajat, “meningelig” dan kenduri telah dijalankan sempena masuk ke sekolah yang baru ini. Pada 17 Januari 2005, Tuan Hj Moin Bin Ahmad telah melaporkan diri sebagai Pengetua yang pertama di sekolah ini. Selepas itu, bilangan kakitangan sekolah juga telah bertambah dengan 16 orang guru dan KTBM pula seramai 4 orang.

Pelajar yang mendaftar di sekolah ini pada peringkat awal ialah pelajar Tingkatan 1, 2, dan 4 yang dipindahkan dari SMK Mat Salleh, SMK Lohan dan SMK Ulu Sugut Ranau. Bilangan kelas yang ada sehingga Februari 2005  sebanyak 11 kelas, iaitu 4 kelas tingkatan 1, 2 kelas tingkatan 2, dan 5 kelas tingkatan 4. Bilangan pelajar keseluruhan adalah seramai 350 orang. Sementara itu, untuk menempatkan pelajar yang jauh, asrama telah dibuka pada 13 Februari 2005 dengan kemasukan pelajar seramai 170 orang. SMK Ranau juga telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSM Daerah, Ranau dan telah memenangi satu pingat perak serta mendapat tempat kedua dalam acara perbarisan.Walaupun sekolah ini masih baru, penubuhannya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang pelajaran. Pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah ini pula telah berikrar akan terus berkerja keras untuk meningkatkan prestasi sekolah sehingga menjadi sekolah yang gemilang bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga di negara Malaysia amnya. Hal ini bersesuaian dengan Visi Sekolah iaitu " Bertekad Gemilang (Strive To Resplendent) Tahun 2011”.

 
Kini sekolah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin pada 27 April 2012.
Sehingga kini , SMK Ranau mempunyai 30 kelas yang merangkumi tingkatan 1-Pra-U Atas. Seramai 834 orang pelajar ,72 orang guru dan 11 orang KTBM.


Pada masa yang sama, ialah majlis penyerahan tapak IAB cawangan Sabah yang akan beroperasi di Bangunaan TM, Menggatal
Kota Kinabalu.


PKP En.Latri, Ketua Bidang Sains dan Matematik
En. Heitin dan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, Pn. Paima Dusin
sewaktu menanti ketibaan perasmi


Sebahagian guru-guru SMKR


Pn.Lusiah Thomas dan Pn. Paima Dusin


Pentas utama


Sebahagian daaripada tetamu yang hadir


Orang ramai menanti ketibaan perasmi