Kriteria Pemarkahan BM T1-T3


PANDUAN PEMERIKSAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 UNTUK T1-T3


Markah penuh Kertas 2
:100 markah
Bahagian A
(i)
20 markah
Bahagian A
(ii)
10 markah
Bahagian B

20 markah
Bahagian C

40 markah
Bahagian D

10 markah



BAHAGIAN A (i)    :         20 markah (Ringkasan)
1.   
Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa membaca jawapan calon.

a
Bahasa dinilai secara tanggapan (impression).

b
Pemeriksa dikehendaki menandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan karangan

c
Peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah.


Markah Bahasa (10 markah)


Peringkat
Markah
Deskripsi
Cemerlang
09 – 10
Bahasa baik dan lancar
Berupaya menggunakan ayat sendiri
Pemilihan kata tepat dan ayat gramatis
Penanda wacana yang sesuai
Ejaan dan tanda baca yang betul
Baik
06 – 08
Bahasa baik dan lancar
Masih berupaya menggunakan ayat sendiri
Pemilihan kata agak terhad dan ayat yang masih gramatis
Penanda wacana masih sesuai
Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
Memuaskan
03 – 05
Bahasa kurang lancar
Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca ATAU
Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih
Penguasaan Minimum
01 – 02
Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah
Menyalin terus daripada petikan.


Markah Isi (10 markah)


Bilangan isi
Markah
5
9 -10
4
7 -8
3
5 - 6
2
3 - 4
1
1 - 2


Isi-isi contoh


l
Merancang strategi bagi mengatasi krisis air yang sering dialami pada musim kemarau

2m
2
Kerajaan perlu melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan
lestari sumber air.
2m
3
Memperhebat kempen ”Cintailah Sungai Kita” dalam usaha
untuk memulihara sumber air.
2m
4
Mempertimbangkan teknologi baharu, iaitu kaedah mencipta air
hujan tiruan sebagai alternatif
2m
5
Masyarakat perlu mengurangkan penggunaan air di tempat-tempat awam
2m
6
Pendidikan pengguna yang berterusan harus dijalankan untuk memberi kesedaran
2m
7
Kesedaran pengguna untuk menggunakan air secara berhemat
2m
8
Guna semula air yang telah digunakan
2m



BAHAGIAN A (ii)  : Soalan Pemahaman

Soalan 1           :           Maksud kata / rangkai kata ( 2 markah )

Markah
Deskripsi
2 markah
- Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis
1 markah
- Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap
- Maksud kurang tepat mengikut konteks/isi tersurat sahaja
- Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata
0 markah
- Maksud tidak tepat mengikut konteks


Soalan 2           :           Soalan Pemahaman ( 4 markah )

Markah
Deskripsi
4 markah
-Isi dinyatakan dengan cukup lengkap dengan ayat gramatis
3 markah
-Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 markah
-Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 markah
-Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis
0 markah
-Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
-Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis


Soalan 3           :           Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir  ( 4 markah )

Markah
Deskripsi
4 markah
-Isi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis
3 markah
-Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 markah
-Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 markah
-Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis
0 markah
-Isi tidak tepat
-Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis



Cadangan Jawapan Pemahaman.

Soalan 1 ( 2 markah )-untuk menjawab soalan maksud rangkai kata:

A Maksud rangkai kata tersebut ialah ”..... .............”atau
B.Maksud ”Krisis air ialah ”......................”
2m
Soalan 2/3 ( 4 markah )- memerlukan dua jawaban:Jawaban contoh:

2.  Krisis air berlaku kerana penggunaan air secara berlebihan oleh pengguna.
2m
             
            .Selain itu, kekurangan air berlaku kerana sistem pengurusan air yang tidak cekap.
2m 
           


Bahagian B :          
Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan       (20 markah)

Kriteria Penskoran


PERINGKAT MARKAH
DESKRIPSI
Cemerlang

16 – 20


( 18 – 20 )


( 16 – 17 )
-   Penggunaan kata dan ayat gramatis
-   Penggunaan kosa kata yang luas dan    tepat
-   Ejaan dan tanda baca yang betul
-   Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata
-   Idea yang relevan berdasarkan tugasan
-   Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai serta berkembang
-   Pengolahan menarik dan berkesan
Baik

11 – 15


( 13 – 15 )


( 11 – 12 )
-   Penggunaan kata dan ayat masih gramatis
-   Penggunaan kosa kata yang tepat
-   Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata, frasa dan ayat
-   Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
-   Idea masih relevan berdasarkan tugasan
-   Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan kurang dikembangkan
-   Pengolahan menarik
Memuaskan

06 – 10


( 08 – 10 )


( 06 – 07 )
-   Penggunaan kata dan ayat kurang gramatis
-   Penggunaan kosa kata terhad
-   Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa dan ayat
-   Kesalahan ejaan dan tanda baca ketara
-   Idea kurang relevan berdasarkan  
    tugasan
-   Huraian isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan terhad
-   Pengolahan tidak menarik
Penguasaan minimum

01 - 05
-   Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap
-   Isi kabur / tidak berkaitan dengan  
    tugasan




Langkah –langkah  memeriksa
1.                 

Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lalu terlebih dahulu untuk
mendapatkan kesan ( impression ) daripadanya. Perkara yang perlu diperhatikan
semasa membuat pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevenan idea
dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berkenaan
berdasarkan kriteria pengskoran yang disediakan.
2


Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk pertimbangan yang muktamad.
Sambil membaca itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan  
isi/fakta seperti berikut:
____________  Kesalahan bahasa, perkataan dan frasa
           /              Kesalahan ejaan
          //              Kesalahan ejaan berulang
                          Kesalahan tanda baca
(                    )   Kesalahan isi/fakta



Bahagian C  :          Karangan Respons Terbuka [ 40 markah ]


PERINGKAT
MARKAH
Cemerlang
33 – 40
Kepujian
25 – 32
Baik
17 – 24
Memuaskan
09 – 16
Penguasaan minimum
01 - 08



KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS


KRITERIA
DESKRIPSI

1. BAHASA
·         Kegramatisan Kata (Morfologi) dan Ayat (Sintaksis)
·         Ejaan dan tanda baca yang betul
·         Kosa kata yang luas dan tepat
2.  IDEA
·         Isi-isi sesuai, huraian isi jelas dan contoh yang sesuai


3. PENGOLAHAN
·         Pengolahan menarik dan berkesan
·         Pemerengganan sesuai
·         Format menepati tugasan
·         Unsur keindahan bahasa (pantun dan peribahasa)


Kriteria Penskoran


PERINGKAT/MARKAH
DESKRIPSI
Cemerlang


33 – 40

37 – 40
33 - 36
·         Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas   dan tepat
·         Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
·         Penggunaan penanda wacana yang betul
·         Ejaan dan tanda baca yang betul
·         Penggunaan kosa kata luas dan tepat
·         Idea yang relevan dengan huraian yang  jelas beserta contoh –contoh yang sesuai
·         Pengolahan menarik dan berkesan dengan  pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan
·         Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.
Kepujian


25 – 32

29 – 32
25 - 28
·         Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
·         Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
·         Penggunaan penanda wacana yang sesuai
·         Ejaan dan tanda baca yang betul
·         Penggunaan kosa kata luas
·         Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh
·         Pengolahan menarik dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan.
Baik


17 – 24

21 – 24
17 – 20
·         Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai
·         Penggunaan ayat gabungan yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
·         Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai
·         Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
·         Idea masih relevan dengan huraian masih jelas
·         Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format masih sesuai mengikut tugasan.
Memuaskan


09 – 16

13 – 16
09 – 12
·         Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad
·         Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum
·         Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat
·         Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca  yang ketara
·         Idea masih relevan/idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas
·         Pengolahan kurang menarik dengan pemerengganan yang kurang dan format yang kurang tepat/format bercampur aduk.

Penguasaan minimum
01 – 08
05 – 08
01 – 04
·         Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap.





Langkah –langkah memeriksa
1.                   Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lalu terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan ( impression ) daripadanya. Perkara yang perlu diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevenan idea dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berkenaan berdasarkan kriteria pengskoran yang disediakan.

2.                   Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk pertimbangan yang muktamad. Sambil membaca itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahsa, tanda baca, ejaan dan isi/fakta seperti berikut:

____________  Kesalahan bahasa, perkataan dan frasa
           /              Kesalahan ejaan
          //              Kesalahan ejaan berulang
                          Kesalahan tanda baca
(                    )   Kesalahan isi/fakta
3.                   Pemotongan markah untuk ejaan salah
(a)     ½ markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah
(b)    Pemotongan keseluruhan tidak melebihi 2 markah
(c)     Kesalahan ejaan yang berulang tidak diambil kira
(d)    Ejaan hendaklah mengikut sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu


Bahagian D :           Pemahaman Novel (10 markah)


PERINCIAN
MARKAH
Isi
6
Bahasa
4


Kriteria Markah Bahasa


PERINGKAT/MARKAH
DESKRIPSI
Cemerlang
04
·         Bahasa baik dan lancar
·         Ayat gramatis
·         Ejaan dan tanda baca betul
Baik
02-03
·         Bahasa masih baik dan masih lancar
·         Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
·         Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
Memuaskan
01
·         Bahasa tidak cekap
·         Ayat tidak gramatis
·         Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara



Markah Isi
Maksimum
                                                                                     -  6 markah (3 isi )
-       Setiap satu isi disertakan dengan huraian dan contoh                    -  2 markah
-       Isi tanpa contoh atau huraian                                                       -  1 markah          
-       Contoh atau huraian sahaja                                              -               0 markah



Jawapan Contoh :
Nilai-nilai  Fadhil sebagai watak utama dalam Novel Istana Menanti
          - Bijak : Fadhil menyenaraikan barang yang harus di bawa sebelum memulakan ekspidisi ke puncak Gunung Datuk.
          - Berfikiran jauh : Fadhil seorang yang matang dan berfikiran jauh. Dia berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.
               Menghormati ibu bapa : Fadhil meminta izin kedua-dua orang tuanya sebelum menyertai ekspedisi ke Gunung Datuk.