2 Jun 2012

Pencerapan SKPM Standard 4


Pencerapan kelas diertikan sebagai melihat dan memerhati secara teliti terhadap perkara yang dilihat ( Dr. Ibrahim Bafadal, 1992). Pencerapan kelas adalah teknik yang digunakan oleh supervisor terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.


Tujuannya adalah untuk memperoleh maklumat data seobjektif mungkin mengenai aspek-aspek dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, dan masalah-masalah yang dihadapi guru dalam usaha memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.

Apabila saja keluar jadual pencerapan pasti ramai guru yang tidak menyukainya. Malahan ada yang berterus terang bahawa mereka tidak suka dicerap. Ada pula yang menyatakan pelbagai alasan kepada pencerap. Pencerapan memberikan banyak impak positif kepada guru-guru. Hal ini kerana hasil pencerapan dibincangkan oleh pencerap dan dirumuskan oleh pentadbir bersama-sama dengan guru-guru. Proses ini sudah tentu akan melahirkan guru yang berkualiti.

Pencerapan dengan menggunakan borang SKPM standard 4, merupakan pencerapan yang melihat kepada hasil dan kualiti pengajaran guru. Walau bagaimanapun penggunaan borang SKPM 2010, memerlukan pemahaman yang lebih untuk menggunakannya. Melalui pendedahan yang diberikan oleh bahagian JNJK, memberikan panduan kepada pengetua-pengetua, penolong-penolong kanan dan ketua-ketua bidang di daerah Ranau.

Input perlu diberikan dan dikongsikan oleh mereka yang pakar.
Cik Masniah(duduk)  

Perbincangan amat penting sebelum dan seleepas  pencerapan

Pengetua SMK Kundasang Pn. Hjh Hamimah Ariffin dan
Ketua Bidang Sains dan Matematik SMK Dato Paduka Mat Salleh, Ranau
Pn. Noraidah Suratman.






Dalam hal ini, semua pihak seharusnya mengambil inisiatif  untuk memantapkan ilmu pencerapan dalam kalangan guru-guru. Tahniah dan syabas kepada Persatuan Pengetua-pengetua Daerah Ranau yang menganjurkan kursus pencerapan untuk semua pengetua, penolong-penolong kanan dan ketua-ketua bidang di semua sekolah menengah di daerah Ranau.