Peribahasa

SENARAI PERIBAHASA (PERUMPAMAAN DAN PEPATAH) YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 3


BIL
PERUMPAMAAN/
PEPATAH
MAKNA
1
Air beriak tanda tak dalam

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
2
Alang-alang  berminyak biar licin
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.

4
Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

5
Bagai air mencari jenisnya
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

6
Bagai ayam disambar helang
Mati tanpa sakit.

7
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
8
Bagai cincin dengan permata
Pasangan pengantin yang sepadan.
Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata.

9
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
Hidup dalam kemelaratan.
Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.

10
Bagai layang-layang putus tali
Tiada berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11
Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12
Bagai minyak dengan air
Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.

13
Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka  bercakap.
Perempuan yang suka bercakap banyak.
Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di-
cabut ekor.

14
Bagai pucuk dilancarkan
Amat cepat.
15
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.
16
Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang
Tidak sombong; rendah diri.
17
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
18
Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.

19
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.

20
Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.

21
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.

22
Biar mati anak jangan mati adat
Adat yang tidak boleh dilanggar.

23
Biar putih tulang jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu.

24
Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

25
Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26
Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.

27
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.

28
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

29
Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu.
31
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
32
Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.

33
Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.
34
Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan kesan.

35
Kalau tiada rotan akar pun berguna
Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

36
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.

37
Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang
Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

38
Perempuan serasan, lelaki pemalu
Pegangan hidup yang tidak serupa.

39
Sebagai gembala diberi keris
Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.

40
Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
41
Semacam besar pacak daripada tiang
Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42
Seperti air dalam dulang
Negeri yang aman sentosa.

43
Seperti api di dalam sekam
Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari

44
Seperti aur dengan tebing
Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu
Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan tebing.

45
Seperti aur ditarik songsang
Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46
Seperti embun dihujung rumput
Tidak kekal

47
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
48
Seperti hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada pelajar itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir kerana kedegilannya.

49
Seperti lintah menghisap darah
Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.
50
Seperti lipas kudung
Selalu bergerak dengan cepat.

51
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular menyusur akal takkan hilang bisanya.

52
Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

BIL
PERIBAHASA
MAKSUD
1
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2
Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri
3
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Mengalami susah senang bersama-sama.
4
Meninggi diri
Sombong
5
Bermuka dua
Tidak jujur.
6
Baik hati
Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7
Tulang belakang
Punca kekuatan/ orang harapan
8
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan
9
Bagai kaca terhempas ke batu
Sangat sedih atau kecewa.
10
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12
Seperti lembu dicucuk hidung
Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh
15
Terang hati
Lekas pandai
16
Rendah hati
Tidak sombong
17
Murah hati
Pemurah.
18
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19
Tangan kosong
Hampa

Senarai Peribahasa  Dalam Buku Teks Tingkatan 5


BIL
PERIBAHASA
MAKSUD
1
Lintah darat
Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi
2
Bagai aur dengan tebing
hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
4
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
5
Indah khabar daripada rupa
perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan
6
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
pengagihan yang sama banyak
7
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
8
Kacang lupakan kulit
orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan
9
Anak dagang
orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
10
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.
11
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal
13
Memerah otakmaksud : berfikir dengan bersungguh-sungguh.
berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
terlalu banyak pada sesuatu masa.
19
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat
20
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21
Mencari jalan
berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara
22
Biar mati anak, jangan mati adat
orang yang kuat perpegang pada adat
23
sediakan payung sebelum hujan.
berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24
Berbesar hati
gembira.
25
Anak buah
A Anak saudara.
B. Pekerja di bawah jagaan kita.
26
Tuan rumah
tempat berlangsungnya sesuatu acara
27
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu
28
Batu penghalan
Halangan
29
untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30
Bagai ikan pulang ke lubuk
a. Orang yang pulang ke tempat asal.
B. Kehidupan yang senang.