25 Feb 2012

Aktiviti Minggu Bahasa 2012

Aktiviti yang dijalankan oleh Bidang Bahasa sempena Minggu Bahasa 2012, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar SMKR.

Majlis penutupan akan diadakan pada hari  Sabtu minggu hadapan. Persembahan yang terbaik utk beberapa acara akan dipersembahkan pada hari tersebut.

Antara pelajar yang memberi sokongan

Semoga mendapat pengalaman dan ilmu daripada persembahan yang ditonton

Selepas latihan drama kelas 1 Utarid

Drama BKD

Drama BI

Antara kumpulan drama BI


Juri Drama Pn. Waini, Pn. Silis Tina dan Pn. Santonina

Antara Peserta



Pertandingan Sahibba dijalankan di bilik SAL


Semangat menunggu giliran

ushhh  Cg. Paimah membantu membetulkan ikatan selendang



Kumpulan Rukut-rukut


Bahas Ala Parlimen

Banyak lagi persembahan yang akan dipersembahkan semasa majlis penutupan Minggu Bahasa 2012.

MSSDR 2012

Setelah beberapa hari sukan daerah berlangsung,  SMKR menduduki tempat ketiga dengan punggutan 12 pingat emas. Tempat kedua, SMK Lohan dan SMK Datu Paduka Mat Salleh menduduki tempat pertama.

Kejohanan ini berlangsung di Kompleks Sukan Ranau. Yang penting SMKR dapat mengatasi sasaran pungutan pingat emas pada tahun ini seterusnya mengatasi pencapaian pungutan pingat emas pada tahun lepas. Tahniah kepada semua warga SMKR. Khususnya kepada jurulatih dan atlet sekolah.

Ramai juga penonton dan penyokong


antara atlet SMKR

PK Kokum En. Johalim Hj. Isim

Atlet lelaki SMKR

Kasihan Cg. Aina dah lah keletihan, kulit muka mengelupas pulak, dek cuaca di kompleks sukan

Cg Aswani Sariman

PK Kokum dan Cg. Mohd. Hamka
Semoga semangat ini berterusan.SMKR bertekad Gemilang!

18 Feb 2012

Terima kasih, Cikgu

Semasa persembahan
Lagu ini disampaikan oleh  tiga orang pelajar ini


Engkaulah sinar cahayaku
yang menerangi kegelapan
Tanpa hadir dirimu selalu
Tiada ceria dalam kegelapan

Siang malam tidak terkira
Menjadi lilin membakar diri
Felivienie
Demi diriku engkau harapkan
Menjadi permata kebanggaan negara
Arffendey

Terima kasih cikguku sayang
Jasa baikmu tetap ku kenang
Terima kasih cikguku, sayang
Ku ingat selama-lamanya








 
Ezaino

















5S



Kursus 5S telah dianjurkan oleh unit LDP SMKR. Tahniah atas pengajuran kursus ini. Banyak jugalah ilmu yang dikongsikan oleh penceramah dari unit Jaminan Kualiti PPD Ranau, iaitu En. Jailey Paidi.

En. Jailey Paidi Menyampaikan Ceramah 5S

Peserta LDP

Amalan 5S berasal daripada Bahasa Jepun

Dialihbahasakan kepada amalan 5S di negara kita

En. Yahadi Yasili menyampaikan cendera kenangan kepada penceramah

Setiausaha LDP,Pn. Paimah Dusin

Minggu Bahasa



Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena Minggu Bahasa peringkat sekolah.

Antara aktiviti yang menarik ialah pertandingan
  • Berbalas Patun
  • Forum
  • Pidato
  • Menulis esei
  • Nyanyian BM/BI dan BKD
  • Tarian
  • Sahibah
  • Folio
  • Drama BM/BI/BKD dan banyak lagi...
Para pelajar dikehendaki untuk berhubung dengan guru penyelaras aktiviti untuk mendapat maklumat lebih lanjut.



11 Feb 2012

Serasi

Program Serasi dilancarkan pagi tadi di SMKR oleh tuan pengetua En. Yahadi Yasili
En. Yahadi Yasili Pengetua SMKR

Para pelajar mendengar arahan untuk menanam pokok di kawasan sekolah
`

Sumbangkan kami-guru-guru SMKR untuk Program Serasi

Guru-guru juga tidak ketinggalan menyumbangkan tumbuhan untuk ditanam

Inilah sumbangan kami untuk sekolah

Pelajar tingkatan satu juga tidak ketinggalan untuk menghijaukan kawasan sekolah


Inilah pokok yang akan kami tanam untuk menghijaukan sekolah dan sebagai kenangan
Mesyuarat Bilik Selesa juga dijalankan serentak pada hari ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengenal pasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh AJK.
Ketua Bilik Selesa En. Rasman dan AJK sedang bermesyuarat

En. Haiten Yusuf memberikan pandangan kepada AJK Bilik Selesa
 Program ini berakhir tepat pada jam 11.30 pagi, mudah-mudahan program ini akan mencapai objektifnya. Tahniah kepada Pengarah Program Serasi En. Haiten Yusuf.

7 Feb 2012

Ponteng Sekolah

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa-apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah.Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.

Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian.

Justeru, pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini semakin menular dalam kalangan para pelajar.Yang diharapkan, masalah ini boleh dikurangkan dengan mengambil pelbagai tindakan proaktif melibatkan pelbagai pihak. Demi masa depan pelajar-pelajar ini, janganlah kita seperti kata peribahasa "seperti anau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing".