Iklan Rukun Negara yang disiarkan di televisyen memaparkan watak-watak kecil yang mewakili kepelbagaian kaum di negara kita, memyampaikan mesej Rukun Negara mengikut acuan umur mereka. Sangat menghiburkan, di samping memberi mesej yang sangat jelas demi keamanan dan kesejahteraan seluruh warga Malaysia.
Semasa saya bersekolah dahulu, prinsip-prinsip Rukun Negara dicetak pada belakang kulit buku latihan. Bahan bacaan yang kurang menyebabkan saya hafal semua tulisan yang tercetak. Malahan pada waktu perhimpunan, bergemalah lafaz ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh ketua murid. Ada juga guru-guru saya yang mendenda pelajar dengan membaca ikrar ini sehingga 10,20,30 kali bacaan,sewaktu pnp. Mana tidaknya kami semua hafal setiap patah perkataan yang terdapat dalam teks tersebut.
Sebagai warga Malaysia kita sepatutnya tahu apa itu Rukun Negara, sejarah Rukun Negera diperkenalkan serta matlamatnya diperkenalkan.
Sebelum
Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969.
Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan
Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis
Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara.
MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.
Prinsip
Rukun Negara
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
§ mengukuhkan perpaduan.
§ memelihara corak hidup demokratik.
§ mencipta sebuah masyarakat yang adil.
§ menjamin sikap liberal terhadap
tradisi kebudayaan yang pelbagai.
§ membina masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi.
PENJELASAN
PRINSIP RUKUN NEGARA:
Kepercayaan
kepada Tuhan
Bangsa
dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini
sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di
mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap
seseorang warganegara atas alas an agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa
penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada
Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya
keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing,
prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Kesetiaan
Kepada Raja dan Negara
Malaysia
mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem
beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi
negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang
Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambing perpaduan rakyat.
Kesetiaan
kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat
setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran
Perlembagaan
Prinsip
ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau
kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan
yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat
negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga
negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu
pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak social rakyat
yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau
mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan
sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal
yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak
sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan
Undang-Undang
Keadilan
diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di
sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara
Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu
kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang
negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Setiap
negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat
yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota
masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di
mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari
kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak
menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang
tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan
dan Kesusilaan
Prinsip
ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan
sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling
bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila
patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam
kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi
panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Semoga, kita dapat mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta ini.