Penggunaan gaya bahasa yang indah ini nilai budaya masyarakat itu akan bertambah sama ada dari kesopanan berbahasa atau dari aspek tingginya budaya yang diamalkan. Dengan menggunakan gaya bahasa yang indah dan tepat, makna ayat-ayat yang dicoret atau dituturkan akan lebih kemas, sopan, dalam maksudnya, dan mempuayi falsafah tersendiri.
Sejarah penciptaan peribahasa ini biasanya, berdasarkan satu-satu kejadian yang mereka lalui.
Apabila disingkap peribahasa kita, ada yang berunsur pengajaran dan motivasi. Antara peribahasa yang popular dalam kalangan guru untuk memotivasikan anak-anak didik seperti,
- berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang- senang kemudian;
- sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna .
- Orang bijak belajar dari kesalahan orang lain, sementara orang bodoh belajar dari kesalahan mereka sendiri (peribahasa India).
- Au kodula do tohun (aiso toilalaan(bahasa KadazanDusun)-tiada ilmu pengetahuan/tidak pandai.
- Jika kau menginginkan kebahagiaan
- untuk sejam, tidurlah selama itu
- untuk sehari, pergilah memancing
- untuk sebulan, menikahlah
- untuk setahun, warisi harta
- untuk seumur hidup, tolonglah orang lain.(peribahasa Cina)
Melalui perkongsian idea ini, rakan-rakan mungkin mempunyai idea agar pengajaran dan pembelajaran peribahasa lebih menyeronokkan dan kekal dalam minda pelajar-pelajar kita sehingga boleh diwarisi oleh anak cucu yang merupakan penerus legasi kebudayaan bangsa.
Antara aktiviti pnp peribahasa ialah:
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini memberi impak terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran kita.