11 Mac 2012

Pelajar dan telefon bimbit

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Apa sudah jadi dengan surat pekeliling Kementerian Pelajaran mengenai larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah?

Hasil siasatan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia di beberapa sekolah di sekitar ibu negara baru-baru ini jelas menunjukkan pekeliling yang kembali dikuatkuasakan pada Mac 2009 itu, tidak dipedulikan oleh para pelajar.

Rata-rata pelajar yang ditemui memberitahu, mereka sebenarnya membawa telefon bimbit ke sekolah secara curi-curi.

Pada masa yang sama, mereka mengakui bebas melakukan apa saja menggunakan alat telekomunikasi tersebut di dalam kawasan sekolah.

Alasannya, telefon bimbit penting untuk menghubungi ibu bapa apabila perlu atau jika berlaku sebarang kecemasan.

Namun apabila ditanya lebih lanjut, mereka menyatakan, tujuan sebenar membawa telefon bimbit ke sekolah adalah untuk berhubung bersama rakan-rakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan jarang sekali menggunakannya untuk menghubungi ibu bapa.

Selain itu, mereka menggunakan alat telekomunikasi tersebut untuk mendengar lagu yang telah dimuat turun ketika di dalam kelas atau pada masa terluang.

Paling menyedihkan, mereka turut mendedahkan bahawa ada dalam kalangan rakan-rakan tidak kira lelaki mahupun perempuan yang menyimpan dan memuat turun gambar atau klip video lucah.

Agak mengejutkan apabila mendapati daripada segi perbelanjaan, mereka menghabiskan kira-kira RM10 ke RM40 sebulan yang diberi oleh ibu bapa bagi tujuan isian semula kredit.
Dalam masa sama, kes kecurian telefon bimbit juga kerap berlaku kerana ada antara mereka memiliki telefon yang canggih dan mahal seperti BlackBerry dan iPhone.

Hakikatnya, tindakan kementerian mengeluarkan larangan tersebut ialah bagi menyekat peningkatan kes-kes disiplin dalam kalangan pelajar.

Tambah mengejutkan, rata-rata mereka mengakui tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit.
‘Ketaksuban’ mereka terhadap alat ini sehinggakan mereka lebih rela tertinggal buku sekolah daripada telefon bimbit.


Malangnya, setelah hampir dua tahun peraturan itu dikuatkuasakan, masalah penyalahgunaan telefon bimbit masih terus diperkatakan dan berleluasa dalam kalangan pelajar.

Dalam hal ini, siapa yang harus dipersalahkan? Pihak sekolah atau ibu bapa? Atau mungkinkah perkara ini berlaku didorong oleh sikap pelajar sendiri yang sememangnya degil?

Sumber: http://www.utusan.com.my/

Sayang ini hanya untukmu

Cuti pertengahan penggal satu sudah bermula, meriahlah rumah dengan kehadiran anak-anak yang cuti  sekolah. Ibu dan ayah pasti sibuk melayan kerenah anak-anak.Pada masa inilah anak-anak berada di rumah pada masa inilah sentuhan dan belaian daripada ibu bapa amat diperlukan untuk memantapkan langkah-langkah kehidupan yang semakin mencabar, sesuai dengan umur yang semakin meningkat. Percayalah apa-apa yang terbaik kita lalukan untuk anak-anak pada masa kini akan menjadi kenangan yang terbaik dan terindah buat mereka.Sebagai ibu bapa dengan kudrat yang termampu dikerah  tulang empat kerat, bertujuan untuk memberi kehidupan yang terbaik untuk anak-anak.Tingginya harapan mereka dan kini selepas berjaya, ibu ayah pula tiada berdaya, semuanya dalam kenangan hanya titisan air mata dan kesayuan menjadi kenangan. Terima kasih buat ibu ayah.




'Ya Allah, sayangilah ibu ayah kami sebagaimana mereka berdua menyayangi dan mendidik kami sewaktu kami kecil'. Doa sebegini sangat perlu dibaca setiap hari supaya Allah mengekalkan kasih sayang kita pada anak-anak. Mendidik dengan cinta dan sayang berbeza dengan mendidik dengan sumpah seranah serta maki hamun. Kasih sayang akan memberi semangat dan pendorong dalam menghadapi kerenah dan perangai anak-anak. Bayangkan jika ibu dan ayah tidak ada rasa cinta pada anak, mereka akan melihat anak itu seperti mereka melihat kayu dan batu. Bahkan mereka mungkin akan menganggap anak sebagai beban yang menyusahkan. Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Memang tugas sukar dan meletihkan. Terima kasih dan syukur tidak terhingga kepada-Mu Ya Allah atas nikmat kasih sayang ini. Bayangkan bebanan ibu ketika melahirkan anak yang terpaksa berdepan dengan sakit yang tidak terperi, darah yang tumpah dan tidak bermaya. Namun, apabila melihat bersih dan suci wajah bayi yang dilahirkannya maka akan hilang segala derita dan bebanan yang ditanggung. Itulah ajaibnya kasih sayang yang mampu mencipta semangat dan daya juang yang luar biasa ibu bapa terhadap anak-anak. Pengorbanan yang lahir dari kasih yang ini dapat membina semangat dalam mendidik anak. Setiap anak berbeza gelagat dan kerenahnya.



Bagi ibu dan bapa, biarlah masa, kudrat empat kerat, wang mencurah-curah, bahkan nyawa dikorbankan, asalkan anak-anak menjadi manusia yang berjaya. Bahkan sejuta keperitan dan penderitaan mampu diharungi dengan tabah semata-mata untuk membesarkan dan mendidik anak. Allah s.w.t tentunya tidak akan membiarkan hambanya begitu sahaja. Allah s.w.t menjamin rahmatnya kepada ibu dan bapa yang mengasihi dan merahmati anak-anaknya. Mendidik anak tidak selalunya rata dan mendatar saja kerana ada kalanya kita menerima ujian di luar jangkaan.

Jadi kasih sayang mengukir ketabahan dan kegigihan buat ibu bapa. Di sinilah perlunya ibu bapa mengubah naluri kasih sayang tadi kepada kesabaran dan kegigihan yang tidak kunjung henti. Pandanglah air muka anak-anak. Belai mereka ketika berkomunikasi, luahkan rasa sayang dan harapan, teruskan usaha mendidik secara berterusan dengan penuh kesabaran. Soalan penulis kepada semua pembaca budiman, pernahkah anda menatap wajah orang yang anda sayangi itu? Contohnya ibu, ayah, suami dan isteri. Jika tidak pernah cubalah pandang-pandang dan perhatikan wajah orang yang banyak berbakti kepada kita itu kerana ketika sedang tidur, itulah wajah yang paling jujur. Wajah ketika tidur menceritakan segala-galanya. Tanpa kata, tanpa suara seolah dia berkata: "Betapa lelahnya aku hari ini, demi anak-anak dan keluarga aku sanggup melakukan segala-galanya". Renung dan tataplah wajah orang yang kita sayang itu ketika dia menutup mata ketika tidur sebelum mereka menutup mata buat selama-lamanya.


Jangan lupa pesanan kudus daripada langit ketika mendidik anak-anak: "Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia yang sombong dan ingkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala".

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keajaibankasihsayang

Rafflesia

Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar. Bunga ini juga dikenali dengan nama bunga Pakma.Bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka.. Bunga Pakma ialah bunga rasmi negara Indonesia.

Bunga Rafflesia


Ciri
Rafflesia ialah tumbuhan yang pelik. Pada hakikatnya, apabila bunga ini sudah berkembang, bunga ini mengeluarkan bau yang amat busuk. Tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.


Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Hal ini menunjukkan bahawa rafflesia ialah sejenis parasit kerana tumbuhan ini tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Tumbuhan ini hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya.Sementara perumahnya juga ialah tumbuh-tumbuhan lain.

Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan dagingatau bangkai yang reput.

Sesetengah orang percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Hal ini demikian agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa-apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.

Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain.Benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.

Sumber: wikipedia.org/wiki/Bunga_pakma

4 Mac 2012

Majlis Penutupan Minggu Bahasa 2012

3 Mac 2012, merupakan majlis Penutupan Minggu Bahasa 2012 SMKR. Guru-guru dan pelajar memakai pakaian tradisional kaum yang terdapat di negara ini. Meriah dan menghiburkan. Objektif pembelajaran Bahasa Malaysia secara amnya telah mencapai matlamatnya. Para pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai acara.

Tuan Pengetua, menyampaikan ucapan pada Majlis Penutupan
Minggu Bahasa 2012.

KB Bahasa dan PK HEM

Barisan guru yang memakai pakaian tradisional,
sempana Majlis Penutupan Minggu Bahasa 2012. 

Cg. Nur Ainawati  berpakaian tradisional
 kaum Dusun


Ini pula pelajar, semangatnya...

Anggun dengan busana tradisional

Tuan pengetua diapit oleh Cg. Mohd. Hamka dan Cg. Aina

Ini pula pengacara majlis, masing-masing sebagai pengacara
BM,BI dan BKD, sangat berbakat

Cg. Jainah Nahasin dengan busana Punjabi

ketibaan pengetua ke dewan disambut dengan gerakan silat daripada
para pelajar

Tuan pengetua bersama dengan Pengarah Minggu
Bahasa 2012, Pn. Lusiah Thomas.

Guru-guru bersama pelajar-pelajar menyaksikan persambahan

Kemerduan suara Chellise menyampaikan
syair pembukaan majlis dan syair penutupan majlis

Antara persembahan yang menyayat hati

Jurugambar Cg. Climent

Persembahan Ordilla May yang memukau penonton


Pn. Sahajisa mendendangkan lagu berbahasa Dusun

Semoga kita akan bertemu lagi pada tahun-tahun akan datang. Tahniah kepada semua pemenang. Yang kurang berjaya, penyertaan para pelajar merupakan pengalaman yang sangat berharga.Kepada guru-guru terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Kepada barisan pentadbir, terima kasih atas sokongan.

1 Mac 2012

Kempen Guru Penyayang

Kempen Guru Penyayang dilancarkan di SMKR. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memenuhi kempen  ini.


Penolong Kanan Pentadbiran En. Latri Labungan melancarkan kempen tersebut

Penolong Kanan HEM, Pn. Halizah Hj. Jani memantau perjalanan majlis

En. Majilis,membetulkan tali leher pelajar
Pn. Santonina, guru bertugas pada minggu ini bertanyakan khabar pelajar
Guru-guru ini memang penyayang



Pelajar-pelajar ini menyanyikan lagu Selamat Hari jadi kepada
rakan-rakan mereka yang meraikan hari jadi pada hari ini.
Nampaknya guru-guru pada hari ini menjadi guru mesra pelajar.Mudah-mudahan semua guru SMKR ialah guru penyayang dan sentiasa mendoakan kejayaan para pelajarnya.

Pasukan Bahas

Pasukan bahas sekolah menyertai pertandingan Bahas Sempena Karnival Bahasa peringkat daerah.
Pasukan sekolah diwakili oleh lima pelajar.

Selepas memenangi pusingan awal bertemu dengan SMK Kundasang

Pasukan Bahas  SMKR bersma dengan guru pengiring
Pn. Santonina Kaning dan En. Mohd. HamkaApin


Pertandingan bahas ini diadakan di Sekolah Menangah Ugama Mohd. Ali, Ranau. Penyertaan kalian membanggakan pihak sekolah. Tahniah!

Berkabus

Beberapa hari yang lalu cuaca sekitar sekolah berkabus agak tebal. Tengok ni

Pemandangan kawasan sekolah yang berkabus pada awal pagi 

Pelajar-pelajar sudah biasa dengan keadaan seperti ini.


Kawasan laluan dari  jalan masuk ke kawasan sekolah dan kawasan tempat letak
kenderaan awam yang diselubungi kabus tebal pada waktu pagi