Ini pula Pasar Kraftangan. Pasar ini juga dikenali sebagai Pasar Filipina. Lokasi pasar ini hanya bersebelahan dengan pasar Ikan Kering. Pasar ini menjual barang-barang hiasan, kraftangan. Namun tarikan utama di pasar ini ialah mutiaranya. Mutiara yang dijual pelbagai warna dan saiz. Harga juga berbeza-beza di setiap gerai. Bergantung dengan kebijaksanaan pembeli untuk memilih apa-apa yang diperlukan sesuai dengan kemampuan masing-masing. Selain itu pembeli yang bijak akan memperoleh barang keperluan atau buah tangan yang berbaloi dengan aktiviti tawar menawar.
|
Pelbagai barangan kraftangan yang boleh diperoleh di sini. |
|
Cantik,memang cantik... |
|
mutiara laut |
|
Macam nak beli semuanya... |
Jom, apabila berada di Kota Kinabalu, berkunjunglah ke lokasi ini.