15 Mei 2012

PERSEDIAAN PENILAIAN 5S SMKR

Sibuk sangatb sibuk dengan persediaan penilaian 5S.


Tanda Pelajar perempuan


AJK Bilik selesa sibuk mengemas apa-apa yang patut



Selipar disediakan untuk pengguna tanda antara alternatif
menjaga kebersihan tandas.

Sangat sibuk...
Mudah-mudahan berbaloi...

PBS

Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia
diadakan di Balai Minda Pejabat Pelajaran Daerah Ranau. Kursus ini melibatkan sekolah -sekolah di daerah Ranau dan Telipud.Kursus ini berlangsung selama 3 hari bermula 2-4 Mei 2012.

Sistem pentaksiran di negara kita akan berubah corak. Jika dahulu murid di negara kita dinilai dengan  kertas dan pensil, kini penilaian melibatkan keseluruhan aspek. Pentaksiran melibatkan pentaksiran sekolah dan penilaian p gusat.

Kumpulan pertama di sekolah menengah yang akan merintis pentaksiran ini bermula daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 2012.

Penceramah Pn. Jane dari Kota Belud




BENGKEL PENULISAN 3 UTARID

Murid-murid kelas 3 Utarid, menyiapkan tugasan pertama setelah saya mengambil alih kelas ini untuk seketika.





CERAMAH MOTIVASI PMR SMK KUNDASANG



SMK Kundasang telah mengadakan ceramah motivasi PMR 2012. Kepada semua calon yang akan menduduki PMR pada tahun ini, diharapkan telah bersedia. Mudah-mudahan beroleh kejayaan yang cemerlang.






Demikian juga halnya dengan SMK Ranau, SMKA Muhammad Ali, SMKA Al-Irsyahdiah, SMK Datu Paduka Mat Salleh dan semua sekolah menengah di daerah Ranau, serta di seluruh Malaysia.

PERASMIAN SMK RANAU

Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau (asalnya dikenali SMK Mat Salleh II), Ranau merupakan sekolah menengah yang ke-10 dalam daerah Ranau. Sekolah ini terletak kira-kira 3 kilometer dari Pekan Ranau. Cadangan untuk membina sekolah ini lahir daripada kesedaran Jabatan Pelajaran Sabah khasnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya tentang betapa pentingnya sebuah Sekolah Menengah yang baru dibina untuk menampung bilangan pelajar di sekitar Pekan Ranau yang semakin bertambah.
Walaupun penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau, Ranau telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1998, tetapi pembinaannya tidak dapat dimulakan kerana masalah ketiadaan tapak sesuai. Oleh itu, Pegawai Pelajaran Daerah Ranau ketika itu Encik Mohd. Nauth Potoh telah diarahkan oleh Pengarah Pelajaran Sabah untuk mencari tapak pembinaan sekolah ini. Apabila mendengar berita bahawa Jabatan Pelajaran Sabah memerlukan tanah untuk membina sekolah, pihak Jawatankuasa Lembaga Pemegang Amanah Tanah Simpanan Perumahan dan Ternakan Bumiputera Kampung Sinarut, Ranau telah menawarkan sebidang tanah seluas 35 ekar untuk membina sekolah ini. Pada peringakat awalnya, mereka telah meletakkan syarat-syarat tertentu sebagai balasan penyerahan tanah kepada pihak kerajaan tetapi kesemua syarat yang telah dikemukakan itu tidak dipersetujui oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Setelah melalui beberapa proses perundingan, akhirnya jawatankuasa Pemegang Amanah Tanah Simpanan tersebut telah bersetuju untuk menyerahkan tapak pembinaan tanah ini “tanpa syarat” kepada Jabatan Pelajaran Sabah. Penyerahan hak milik tapak pembinaan sekolah ini kepada Jabatan Pelajaran Sabah telah berkuatkuasa mulai pada 14 haribulan Disember 2002.


Selepas itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Syarikat Wilayah Jasa Sdn Bhd sebagai kontraktor untuk membina sekolah ini dengan nilai kontrak RM 39 000 000 000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sembilan Juta). Pihak kontraktor telah memulakan kerja-kerja pembinaan sekolah ini pada 1 Januari 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 13 Ogos 2004. Berdasarkan butir-butir kontrak, sekolah ini mempunyai Tempoh Tanggunggan Kecacatan sehingga 13 Ogos 2006.


Pada bulan November 2004, Jabatan Pelajaran Sabah telah meluluskan pembukaan SMK Ranau, Ranau bermula sesi persekolahan tahun 2005. Pada 28 Disember 2004, bangunan SMK Ranau, Ranau diserahkan sepenuhnya oleh pihak kontraktor. En Habdin Bin Ariffin telah diarah untuk menerima kunci bangunan sekolah bagi pihak Jabatan Pelajaran Sabah. Pada masa yang sama, sekumpulan guru telah ditempatkan bertugas di sekolah ini iaitu Encik Jabilin Hadimin, En Johalim Hj Ishim, Encik Mahat Tahir, Encik Zulkiflee Gakau, Puan Silis Tina A. Basil, Puan Aggness Tona Antonius dan Encik Ashly Kasin. Pada 2 Januari 2005, suatu Majlis Membaca Yassin, Solat Hajat, “meningelig” dan kenduri telah dijalankan sempena masuk ke sekolah yang baru ini. Pada 17 Januari 2005, Tuan Hj Moin Bin Ahmad telah melaporkan diri sebagai Pengetua yang pertama di sekolah ini. Selepas itu, bilangan kakitangan sekolah juga telah bertambah dengan 16 orang guru dan KTBM pula seramai 4 orang.

Pelajar yang mendaftar di sekolah ini pada peringkat awal ialah pelajar Tingkatan 1, 2, dan 4 yang dipindahkan dari SMK Mat Salleh, SMK Lohan dan SMK Ulu Sugut Ranau. Bilangan kelas yang ada sehingga Februari 2005  sebanyak 11 kelas, iaitu 4 kelas tingkatan 1, 2 kelas tingkatan 2, dan 5 kelas tingkatan 4. Bilangan pelajar keseluruhan adalah seramai 350 orang. Sementara itu, untuk menempatkan pelajar yang jauh, asrama telah dibuka pada 13 Februari 2005 dengan kemasukan pelajar seramai 170 orang. SMK Ranau juga telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSM Daerah, Ranau dan telah memenangi satu pingat perak serta mendapat tempat kedua dalam acara perbarisan.Walaupun sekolah ini masih baru, penubuhannya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang pelajaran. Pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah ini pula telah berikrar akan terus berkerja keras untuk meningkatkan prestasi sekolah sehingga menjadi sekolah yang gemilang bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga di negara Malaysia amnya. Hal ini bersesuaian dengan Visi Sekolah iaitu " Bertekad Gemilang (Strive To Resplendent) Tahun 2011”.

 
Kini sekolah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin pada 27 April 2012.
Sehingga kini , SMK Ranau mempunyai 30 kelas yang merangkumi tingkatan 1-Pra-U Atas. Seramai 834 orang pelajar ,72 orang guru dan 11 orang KTBM.


Pada masa yang sama, ialah majlis penyerahan tapak IAB cawangan Sabah yang akan beroperasi di Bangunaan TM, Menggatal
Kota Kinabalu.


PKP En.Latri, Ketua Bidang Sains dan Matematik
En. Heitin dan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, Pn. Paima Dusin
sewaktu menanti ketibaan perasmi


Sebahagian guru-guru SMKR


Pn.Lusiah Thomas dan Pn. Paima Dusin


Pentas utama


Sebahagian daaripada tetamu yang hadir


Orang ramai menanti ketibaan perasmi




17 Apr 2012

Ros...

Sesekali tersenyum jua
kenangan waktu bersama menjentik memori silam            
yang ditempuh
bersama melerai onak duri
di istana ilmu warisan Putra
riangnya
sedihnya
akrabnya

Bergelarlah siputeri yang angkuh
bergelarlah siputeri yang sombong
namun itu hanya omongan tak bermakna
yang tak kenal sang puteri punya dunia sendiri

Adat dunia,
kisah sahabat setia punya ujian
jalan yang ditempuh bersiur
semakin pudar kemesraan
semakin menjauh semakin kalam 
menghilang dari pandangan

dengan penuh harap
moga sang puteri
kan terus bahagia
bagai di istana ilmu warisan Putra





16 Apr 2012

Tahniah untuk mereka yang berjaya

Anugerah Kecemerlangan pelajar-pelajar asrama PMR, SPM dan STPM 2011,SMKR telah berlangsung di Restoren Tinumpok, Hotel Perkasa Kundasang.

antara guru dan pelajar yang hadiri



Menu hidangan

Tahniah dan moga berjaya

Pelajar-pelajar STPM 2011 yang cemerlang
Alina, Jurin, Mohd. Rafiq dan Selina. Mudah-mudahan kalian terus berjaya. Cg. akan merindui kalian...

Antara pelajar PMR 2011 (asrama) yang berjaya

Terima kasih atas sokongan semua pihak...




Pertandingan Bahas Bahasa Melayu



Pada 12-14 April 2012, berlangsungnya pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat negeri Sabah di Sekolah Menengah Agama Mohd Ali, Ranau. Seramai 8 pasukan menyertai pertandingan, termasuk juara bertahan 2011 dan tuan rumah.


Dewan persidangan

Perarakkan keluar dewan diketuai oleh Speaker Dewan
En. Mohd. Hamdan Harun dan diikuti oleh pembahas
Pertandingan ini  berjalan dengan lancar sehingga ke hari terakhir. Tahniah kepada Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu yang dinobatkan sebagai juara pada tahun ini. Tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama Tun Said, Kota Belud. Pembahas terbaik ialah adik Iskandar dari Sekolah Menengah Tun Said, Kota Belud.

Kursus ICT

Seramai 20 orang staf SMK Ranau, mengikuti kursus komputer di Pusat Komputer Kg. Tagudan Baru, Ranau.
Sesi pendaftaran, Pn. Silis Tina (Kiri) dan Pn. Liza sambil di perhatikan
Oleh Pn. Paimah dan Pn. Aggeness

Inilah makmal komputernya

En. Hanafiah dan Cg. Hung antara peserta yang hadiri

Sarapan pagi disediakan...Bah Faliz ok ok juga bahkan

Pn. Nony mengisi borang pendaftaran sambil diperhatikan oleh Cg. Hung

Penjagaan gigi sangat penting

Gigi sangat penting untuk sesiapa juga. Tanpa adanya gigi yang sihat, pastinya kita akan susah untuk menikmati makanan. Malah malu untuk tersenyum. Apa lagi jom buat rawatan gigi.

Gigi memerlukan rawatan berkala

Peralatan rawatan pergigian perlu dibersihkan dan lengkap

Rawatan perlu merujuk pakar

Team Teaching

Lawatan SMK Ranau ke SMK Bandaraya untuk melihat program Team Teaching yang dikelolakan oleh sekolah SMK Bandaraya, memberikan impak yang positif terhadap rombongan SMK Ranau. Rombongan diketuai En. Mahtar Awang Besar.
Dr.Shirley selaku pengetua SMK Bandaraya memberikan taklimat


Para pelajar sedang melaksanakan tugasan yang diberi sambil diperhati oleh Pn. Pengetua


Para Pelajar sedang mendengar isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Pnp ini juga diperhatikan oleh pasukan pemerhati dari dalam kalangan guru-guru

Juadah yang dihidangkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus katering

Berbaju hijau Pn. Kong menyampaikan Pnp dengan baik sekali
Ini adalah sesi refleksi selepas pnp.

Pn. Nancy Sepikit antara pemerhati pada hari tersebut

Antara ahli rombongan SMKR

Penyampaian cendera kenangan daripada ketua rombongan iaitu En. Mahtar kepada Pn. Pengetua


14 Apr 2012

Rindu D'Siringwalai

Sudah lama tidak masuk entri. Banyak kekangan peribadi dan tugasan yang perlu diselesaikan  dengan segara. Harap-harap semua pengunjung D'Siringwalai boleh bersabar...