Puding roti, sangat berpuas hati dengan hasilnya |
Ini pula puding kentang |
Bahan A
1 peket agar-agar tali (banyak), kalau isi sedikit guna setengah daripada bahan yang diberi)
5 cawan air
Bahan B
1 bungkus roti (dibuang bahagian tepi yang berwarna coklat-untuk mengelakkan adunan rasanya pahit)
2 tin susu cair
2 sudu makan minyak sapi/3 keping chesse/2 sudu chesse-boleh pilih satu bahan atau gabungan 2 bahan atau gabungakan semuapun boleh-ikut cita rasa
5-7 sudu makan gula pasir(ikut suka)-boleh juga diganti dengan susu manis.
Bahan C
1 sudu teh asen vanila
pewarna (kalau suka)
Cara nak memasak
1 Masak bahan A dalam periuk sehingga cair apabila cair masukkan gula pasir -ikut rasa sendiri
2 Kisarkan bahan B,kemudian masukkan dalam periuk yang ada agar-agar yang telah direbus.
3 Kacau sebentar.
4 Masukkan bahan C.
5 Tuangkan adunan ke dalam bekas, biarkan sejuk barulah dipotong ikut bentuk yang dikehendaki.
Jika ingin membuat lapisan, bahagikan adunan kepada beberapa bekas, mengikut jumlah warna yang diinginkan. Tuangkan lapisan pertama, Apabila adunan telah sejuk , lorekkan permukaan atas adunan dengan garfu agar lapisan seterusnya boleh bercantum rapat.Kemudian tuang lapisan kedua. ulang langkah melapis sebelum ini untuk lapisan seterusnya. Jika adunan selebihnya mengeras, bolehlah dipanaskan semula dengan api perlahan dan digaul agar adunan tidak hangus. Selamat mencuba!!!!