Telah tiba masanya dua orang rakan sekerja pada tahun 2012 ini berpindah ke sekolah baharu. Mereka ialah En. Clement Mansin dan Cik Myrna Peter. Hidup bagaikan pusingan roda. SMKR sekolah pertama mereka. Di sinilah mereka menimba segala pengalaman. Kini, tiba masanya untuk berubah suasana. Yang paling istimewanya, Myrna memanggil saya dengan gelaran "Cikgu" ketika dia berada di tahun 4 SK Pekan Ranau. Setelah menamatkan pengajian, sekali lagi Myrna memanggil saya dengan gelaran "Cikgu" kerana menjadi pelajar di SMKDPMSR, tempat saya bertugas. Apabila saya berpindah ke sekolah baharu saya memanggilnya dengan sebutan "Cikgu Myrna". Dia tetap memanggil saya dengan sebutan yang sama seperti dahulu. Kini, kami menjadi rakan sekerja . Tak sangka dah lama pula saya bertugas. Apa-apapun saya ucapan kalian berdua semoga sukses di tempat baharu.
|
Sedihhhnya Cg.Myrna sewaktu menyampaikan
ucapan di majlis ringkas yang dianjurkan oleh
Bidang Sains dan Matematik. |
|
Cg. Clement Mansin, selalu diberi mandat sebagai
jurugambar untuk acara rasmi sekolah. |
|
Tuan Pengetua menyampaikan cendera kenangan |
|
Bersama guru-guru Bidang Sains dan Matematik |
Semoga perjalanan kerjaya yang masih jauh, dapat dilalui dengan ketabahan, kesabaran demi anak-anak bangsa kita.