7 Dis 2012

cerita musim durian

Bau durian yang kuat menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. Bagi pemgemar buah ini, keenakan buah durian memang sukar digambarkan dengan kata-kata.Kekadang tu bau durian yang melekat pada jari jemaripun boleh dicium berulang kali.
Apabila tiba musim durian pelbagai kisah suka duka yang kita dengar sama ada daripada sipemakan durian, tuan punya kebun durian atau orang yang tinggal berhampiran dengan kebun durian.

Bagi  anak-anak pekebun durian akan pulang ke kampung nak merasa durian di kebun atok atau ayah yang enak dan lazat apatah lagi sekarang ni musim cuti sekolah. Seronok keluarga di kampung menyambut kepulangan anak-anak. Bunyi buah durian jatuh menjadi hiburan bagi sipenanam durian. Berbisiklah di hati kecilnya,"itulah hasilnya"diikuti dengan senyuman puas. Bukan itu sahaja, bunyi buah durian yang jatuh menjadi petanda saiz buah  sama ada  besar atau kecil.

Bagi sijiran bunyi buah durian yang jatuh ke bumi silih berganti bagaikan bunyi dentuman guruh pada waktu hujan lebat. Amat menganggu tidurnya sepanjang malam.

Awal-awal pagi lagi meriah suasana ketika memunggut buah durian yang bergolekan di atas tanah. Sebelum itu,buah durian yang dilihat berlonggok-longgok di atas trak lori atau dijual pada jalan bahu jalan hanya mampu dipandang sahaja kerana harganya yang mahal. Kini, buah durian sudah berada di depan mata. Boleh dimakan sebanyak yang disukai. Tak kisah.Si ayah tak kisah dengan penat lelahnya sewaktu membuka kebun. Hilang penat apabila melihat anak-anak makan durian sehingga menjilat jari. Hilang rasa sakit terkena duri buah apabila buah durian gugur luruh mengenai lengan atau kulit kepala. Mungkin juga kita tak pernah kisah dengan jerih peritnya siayah yang menanam durian berdekad yang lalu.



Namun, memakan buah durian yang banyak akan memudaratkan kesihatan. Mulalah kita akan berasa tidak selesa kerana badan akan terasa panas.Apabila badan dah panas, mulalah nak demam. Macam di Ranau mengadakan Pesta Durian apabila tiba musim durian. Ada yang menjual durian, adapula boleh makan pelbagai jenis buah dengan hanya membayar RM10.00. Kita boleh makan buah yang ada sepuas-puasnya.

Ada petuanya untuk menghindarkan panas badan akibat makan durian. Ambil kulit durian, masukan sedikit air minum pada bahagian lekuk permukaan, masukan secebis garam, kacau hingga sebati dan minum. Nak hilangkan bau durian pada tangan pula , jiruskan air pada belakang kulitnya kemudian air akan mengalir ke bahagian bawah dan basuhlah tangan.Insya-Allah.Cubalah.