26 Jan 2012

Lirik Lagu Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu 
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingatkan kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu
Membuka pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau  bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta yang agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa tanpa cinta dia di hatiku


Leka

 


                                                          
Engkau terlalu agong di hatiku
  Engkau tak pernah jemu menjadi pelindungku
Sentiasa bersama tika susah senangku

Namun aku sering terleka,
Untuk mengingati dan  menyebut namamu,
Ampuni aku ya Allah
Berilah aku kemaafan


Ya Allah,
Lindungilah aku yang hina ini
Ya Rabbi,
Berilah aku kesempatan untuk kembali
Alhamdulillah,
Terima kasih atas  nikmat  ini…

23 Jan 2012

Hobi yang menghilangkan stress

Pelbagai aktiviti yang boleh kita jadikan hobi. Sesetengah orang suka akan mengemas dan menghias rumah. Sesetengah yang lain pula suka bercucuk tanam, ada pula suka melepak di depan TV, mengambil foto dan pelbagai.










Bunga yang tumbuh subur boleh merawat tekanan perasaan

Dengan adanya hobi, kita dapat menggunakan masa dengan lebih berfaedah. Apabila masa digunakan dengan baik, sudah semestinya perasaan bosan dan rasa tertekan, akan berkurangan.

Selain tanaman hiasan, lada putih ini juga boleh dijadikan sayur



Makanan yang dimasak untuk hidangan keluarga, kita juga boleh menerima tempahan atau membuka restoran
 Lantas, apabila kita mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah akan memulangkan hasil yang baik untuk fizikal dan mental.

Buah Tarap Buah Timadang

Buah Tarap merupakan buah eksotik negeri Sabah. Ulasan buah ini sangat lembut dan manis. Buah ini enak  dijadikan kuih yang dinamakan Cucur Tarap.

Buah tarap atau buah  timadang



Buah Timadang

Ulasan Buah Timadang putih bersih, lembut dan  manis

Bagi kaum Dusun buah ini dikenali dengan nama Timadang.

Pokok buah ini besar dan memerlukan kawasan yang agak besar untuk menanamnya. Jika bukan musim buah, sebiji buah tarap boleh mencecah RM10-RM12.

Kini, buah Tarap hanya ditemui di kawasan-kawasan tertentu negeri Sabah. Yang penting pokok ini tidak ditemui di kawasan tepi pantai.

Buah Limau Mandarin



Buah yang menjadi kemestian dalam perayaan ini


tahun ini ialah tahun naga air

Xong Xi Fat Chai buat semua rakan-rakan dan pelajar yang merayakannya.

20 Jan 2012

Yang lucu

Peristiwa 1
Seorang guru  memasuki sebuah kelas ;
Cikgu T:  Adakah pelajar-pelajar telah membaca novel  yang telah diberi?
Pelajar -pelajar: (menjawab serentak) Sudah cikgu.
Cikgu T: Bagus, pelajar-pelajar. Adakah awak semua memahami kandungan ceritanya?
Pelajar-pelajar:      Ya, Cikgu.
Cikgu T: Baiklah, kalau macam tu, siapa ingat nama novel tu?
Pelajar A: (mengangkat tangan, dengan penuh keyakinan menjawab), jantung kelopak kasut, cikgu.
Pelajar lain menyambut jawapan itu dengan ketawa berderai-derai. Riuh seketika suasana di dalam kelas. Setelah Cikgu T menenangkan keadaan kelas,Pelajar B mengangkat tangan lalu menjawab,
Pelajar B:  Bukan Jantung Kelopak Kasutlah, nama novel tu ialah Kasut Kelopak Jantung.

Peristiwa 2
Cikgu T memerika buku latihan pelajar yang terakhir. Cikgu T tersenyum sebaik sahaja melihat tajuk latihan yang ditulis oleh pelajar berkenaan. Lalu ,Cikgu T pun memanggil pelajar tersebut:
Cikgu T:    Apakah sesi yang kita lalui  pada hari ini?
Pelajar :     Kita melalui sesi Klinik Penulisan cikgu.
Cikgu T:    Bagus!Kenapa kamu tulis tajuk ini lain daripada tajuk di papan tulis?
Pelajar:      Alamakkk, cikgu saya silaplah. Maafkan saya cikgu.
Cikgu T:    Bacakan tajuk yang telah kamu tulis.
Pelajar:     Klinik Pergigian!!!

Lucu dan menghiburkan...

Tahniah Collien

Kelmarin tak berkesempatan untuk membuat catatan. Collien, pelajar 1 Utarid mampu menyiapkan tugasan tanpa ada kesalahan. Tahniah Collien.
Tahniah, Collien!

18 Jan 2012

Kseniya Simonova

Cerita yang disampaikan oleh pelukis melalui teknik lukisan pasir ini sangat menyentuh hati saya. Untuk sampai ke tahap ini pastinya memerlukan perancangan yang teliti,usaha yang gigih serta keyakinan diri yang tinggi.



Bakat anak-anak kita perlu digilap, agar bersinar menerangi kehidupan. Sikap  tidak berputus asa pasti membuahkan hasil yang lumayan, bak kata jatuh kali ketujuh, bangunlah untuk kali kelapan.

Mereka berjaya jua...

Beberapa perkara yang saya temui di kelas ini.Walau bagaimanapun semangat mereka untuk belajar saya kagumi. Sesiapa yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang akan diberi stiker. Gambar mereka juga akan diterbitkan dalam blog saya.Mudah-mudahan semangat mereka akan berterusan sehingga ke akhirnya.

Therry bersemangat menyiapkan tugasan yang diberikan


Gary, pelajar yang berjaya melaksanakan tugasan dengan cemerlang pada hari ini

Hasil tugasan Gary


Connie  juga menyiapkan tugasan dengan cemerlang setelah melakukan pembetulan

Mereka sentiasa didoakan oleh guru-guru agar berjaya.


13 Jan 2012

1 Utarid

Saya terlalu teruja untuk memasuki kelas ini. Sudah lama saya tidak mengajar di menengah rendah. Rindu pula dengan telatah mereka. Pelajar-pelajar merupakan insan teristimewa buat  guru. Harapan setiap guru agar pelajar-pelajarnya berjaya menjadi insan yang berguna kepada keluarga,agama, bangsa dan negara.

Antara pelajar di kelas 1 Utarid


Ketua kelas 1 Utarid Arezza Zaaba

Penolong ketua kelas 1 Utarid, Iwadh Shafiq Mahadi

Antara tugasan yang telah disiapkan
Diharapkan agar pelajar-pelajar ini mempunyai semangat yang berkobar-kobar dan sedar akan hala tujuan kehidupan untuk menjadi insan yang berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan kerana mereka merupakan penyambung warisan bangsa. Sebagaimana seni kata lagu Warisan ini.


WARISAN

Di Sini Lahirnya Sebuah  Cinta
Yang Murni Abadi Sejati
Di Sini Tersemai Cita-Cita
Bercambah Menjadi Warisan

Andai Aku Terbuang Tak Di Terima
Andai Aku Aku Disingkirkan
Ke Mana Harus Ku Bawakan
Ke Mana Harus Ku Semaikan Cinta Ini

Bertapa
Di Bumi Ini Ku Melangkah
Ke Utara Selatan Timur Dan Barat
Ku Jejaki…

Aku Bukanlah Seorang Perwira
Gagal Menghunus Senjata
Namun Hati Rela Berjuang
 Walau Dengan Cara Sendiri
Demi Cinta Ini

Ku Ingin Kotakan Seribu Janji
Sepanjang Kedewasaan  Ini
Ku Ingin Sampaikan Pesanan
Akulah Penyambung Warisan


11 Jan 2012

Try cuba Test Kek Puding Kastard bahhh

Beberapa kali saya mencuba resepi ini. Saya bermasalah sangat membuat pudingnya serba serbi tak kena. Apa-apapun saya bawa juga ke sekolah untuk mengalas perut yang lapar...


Buat kali pertama, bahagian lapisan kastardnya agak keras

Buat kali kedua, bahagian lapisan kastardnya agak lembut pula

Buat kali ketiga dah ok, cuma lupa simpan bancuhan kastard di bahagian lapisan atas kek huhuhu...

Buah bambangan

Buah bambangan antara buah eksotik. Buah ini berwarna coklat di bahagian luar. Manakala isinya berwarna kekuningan.






Buah ini bermusim. Harga buah ini biasanya dalam sekitar RM4.00 sebiji. Rasanya, ada yang  masam atau manis. Cara memgopek kulit buah ini agak unik. Mula-mula kita potongkan bahagian atas buah.Kemudian kelar bahagian kulit dari bahagian atas sehingga ke bahagian bawah buah, buatlah beberapa kelaran mengelilingi buah. Setelah itu, barulah kita mengopek kulit buah ini mengikut bahagian kelaran tadi satu persatu. Nah, setelah tu, bolehlah buah tadi dihiris-hiris. Buah bambangan boleh dimakan begitu sahaja  atau dijadikan jeruk.

Bahagian bijinya pula diparut untuk digaul dengan isi buah sebagai bahan pengawet jeruk bambangan. Sesetengah orang juga menjadikan isinya sebagai sambal bambangan sebagai cicah ikan goreng, ikan bakar atau ambuyat.

10 Jan 2012

4 Zuhal

Kelas 4 Zuhal- Pelajar  Lelaki Lebih Ramai daripada Pelajar Perempuan


Pelajar-pelajar 4 Zuhal Menjalani Klinik Penulisan Fasa 1
Sudah beberapa hari saya tidak memasuki entri. Sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab awal tahun. Hari ini jadual  di kelas 4 Zuhal. Ada 38 orang pelajar. Hanya 10 orang pelajar perempuan. Nampakya mereka ni kemahiran lisannya tinggi. Hebat pelajar-pelajar saya pada tahun ini. Mereka sangat istimewa buat saya. Mudah-mudahan saya diberikan kesabaran, kekuatan dan kesihatan yang baik untuk berhadapan dengan mereka.

4 Jan 2012

Oh Fatimah...

Lirik lagu ini sesuai untuk dijadikan bahan pnp, terutama apabila mengajar komsas.

A. Ramlie
Oh Fatimah

Oh Mas Ayu Fatimah nan ayu
Parasnya indah suara merdu
Senyum membawa hati rindu
Buat jiwa bimbang ragu

Oh Fatimah gadis Palembang
Pinggangnya ramping leher jinjang
Pakainya cantik istimewa
Budi bahasa sungguh indah

( korus )
Oh Fatimah gadis ayu
Indah sungguh parasmu Mas Ayu
Kasih mesramu menawanku
Membelai harapanku

Oh Fatimah gadis manja
Membawa hatiku yang mesra
Bilakah masa kan bersua
Rasa cinta hidup ria


Sumber:http://www.liriklagu.com/liriklagu

Sesi Persekolahan 2012 bermula

Sessi persekolahan bagi tahun 2012 bermula. Aktiviti yang telah dirancangkan berjalan lancar. Pemantauan daripada pihak PPD bermula dari jam 6.30 pagi sehingga selesai mesyuarat guru pada jam 2.30 petang.

Guru Kelas Menjalankan Aktiviti Pemilihan AJK Kelas


Program Asimilasi Pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Galeri


Pn. Sahajisa Ruji-Kem Komendan  Program Asimilasi Pelajar-pelajar Tingkatan 4

Majlis Orentasi Pelajar-pelajar Tingkatan 1 di Dewan Sekolah



En. Jesteni Salim Selaku Guru Muzik Mengajarkan Lagu Sekolah Kepada Para Pelajar Tingkatan 1
Para Pelajar Tingkatan 1 Menerima Arahan untuk Aktiviti Seterusnya


Guru-guru Menikmati hidangan di Kantin Sekolah Pada Waktu Rehat


2 Jan 2012

Selamat Kembali Bertugas

Surat Jemputan Mesyuarat Pentadbiran Bil1`/2012
Hari ini sekolah mengadakah mesyuarat persediaan sesi persekolahan  2012, banyak agenda yang dibincangkan.  Dalam ucapan alu-aluan, tuan pengetua berharap agar guru-guru menjalankan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan. Selain itu, guru-guru diminta untuk melihat kekuatan dan kelemahan pada tahun 2011 sebagai penambahbaikan bagi tahun 2012.


Suasana Bilik Mesyuarat sebelum Mesyuarat Bermula

Dua orang guru berpindah sekolah . Mereka ialah Puan Azwani Abdul Aziz dan Puan Liana. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua-dua orang guru ini. Sekolah juga menerima tiga orang guru baru iaitu En.Geogfrey bin Osman, En.Jumin Kasuman dan Pn.Rujiah@Rusineh binti Diamin. Selamat datang dan selamat bertugas di sekolah baru.

Tuan pengetua juga menasihati agar guru-guru menjalankan tugas atau program sebagaimana yang telah dirancang mengikut pelan taktikal dan pelan operasi yang telah disediakan. Selain itu takwim sekolah juga menjadi rujukan dalam pelaksanaan sebarang program yang dirancangkan. Pada hari pertama persekolahan semua guru diarah menjalankan pnp mengikut jadual waktu yang telah diedarkan.




Takwim  SMKR 2012 dan BRM 2012

Kepada warga pendidik SMKR, diucapkan selamat kembali bertugas. Jadilah guru yang terhebat kepada anak didik kita...