Saya terlalu teruja untuk memasuki kelas ini. Sudah lama saya tidak mengajar di menengah rendah. Rindu pula dengan telatah mereka. Pelajar-pelajar merupakan insan teristimewa buat guru. Harapan setiap guru agar pelajar-pelajarnya berjaya menjadi insan yang berguna kepada keluarga,agama, bangsa dan negara.
Antara pelajar di kelas 1 Utarid |
Ketua kelas 1 Utarid Arezza Zaaba |
Penolong ketua kelas 1 Utarid, Iwadh Shafiq Mahadi |
Antara tugasan yang telah disiapkan |
Diharapkan agar pelajar-pelajar ini mempunyai semangat yang berkobar-kobar dan sedar akan hala tujuan kehidupan untuk menjadi insan yang berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan kerana mereka merupakan penyambung warisan bangsa. Sebagaimana seni kata lagu Warisan ini.
WARISAN
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Yang Murni Abadi Sejati
Di Sini Tersemai Cita-Cita
Bercambah Menjadi Warisan
Andai Aku Terbuang Tak Di Terima
Andai Aku Aku Disingkirkan
Ke Mana Harus Ku Bawakan
Ke Mana Harus Ku Semaikan Cinta Ini
Bertapa
Di Bumi Ini Ku Melangkah
Ke Utara Selatan Timur Dan Barat
Ku Jejaki…
Aku Bukanlah Seorang Perwira
Gagal Menghunus Senjata
Namun Hati Rela Berjuang
Walau Dengan Cara Sendiri
Demi Cinta Ini
Ku Ingin Kotakan Seribu Janji
Sepanjang Kedewasaan Ini
Ku Ingin Sampaikan Pesanan
Akulah Penyambung Warisan