Pelbagai aktiviti yang boleh kita jadikan hobi. Sesetengah orang suka akan mengemas dan menghias rumah. Sesetengah yang lain pula suka bercucuk tanam, ada pula suka melepak di depan TV, mengambil foto dan pelbagai.
|
Bunga yang tumbuh subur boleh merawat tekanan perasaan |
Dengan adanya hobi, kita dapat menggunakan masa dengan lebih berfaedah. Apabila masa digunakan dengan baik, sudah semestinya perasaan bosan dan rasa tertekan, akan berkurangan.
|
Selain tanaman hiasan, lada putih ini juga boleh dijadikan sayur |
|
Makanan yang dimasak untuk hidangan keluarga, kita juga boleh menerima tempahan atau membuka restoran |
Lantas, apabila kita mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah akan memulangkan hasil yang baik untuk fizikal dan mental.