30 Dis 2011

Persaraan 60tahun

Hanya tinggal sehari lagi untuk kakitangan awam memilih umur persaraan. Apabila lihat borang opsyen, bagi yang dah memilih umur persaraan ke-58 tahun, tidak ada pilihan melainkan menandakan ruangan terakhir. Ramai yang terdiam sejenak, membayangkan keadaan nya...



Bagaimanapun keadaannya, hal ini memberi peluang kepada kita untuk bertindak dan berfikiran positif terhadap penjagaan tahap kesihatan kita. Tidaklah kita sentiasa membawa ubat gosok ke sana sini. Lagipun, ramai kawan-kawan yang dah bersara dalam umur SSM, mereka masih sihat dan kuat lagi. Duduk seorang-seorang kat rumah kan sunyi. Memoripun cepat nak jem. Daripada berkeadaan seperti itu baik pergi pejabat, ada yang nak difikirkan, ada yang nak dibuat...walaupun kekadang banyak dokumen tersalah letak...

Terima kasih cikgu!

Mendidik bukannya tugas yang mudah. Pelajar ialah manusia  yang datang dari latar belakang budaya dan adat yang berbeza. Justeru, akan timbullah kepelbagaian ragam ketika berhadapan dengan mereka. Ada pelajar yang suka dengan mata pelajarannya, ada juga yang suka, mata pelajaran tersebut kerana gurunya.

Guru pula diamanahkan untuk mendidik mereka ke satu matlamat yang sama iaitu menjadikan pelajar manusia yang berjaya dan berguna kepada ibu bapa, masyarakat, bangsa dan negara. Sesetengah ibu bapa mengharapkan anak-anak akan menjadi doktor,peguam, jurutera, saintis, angkasawan, guru malah pelbagai kerja yang difikirkan baik demi masa depan anak-anak. Sesetengahnya pula masih ada yang berpesan kepada guru,"ajarilah anak saya agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara".


Dalam situasi seperti ini, guru memerlukan kesabaran, kemahiran, kepakaran yang dibina daripada pengalaman bertugas agar amanah yang dipertanggungjawabkan dapat digalas sebaik-baik.Di sinilah kewibawaan guru akan teruji. Guru sebagai arkitek minda,  sosial, emosi dan jasmani pelajar harus bijak bagi memenuhi kehendak pelbagai pihak. Bak kata peribahasa bagai menarik rambut dalam tepung.

Tanggungjawab guru semakin mencabar. Namun, sejauhmanakah penghargaan masyarakat terhadap tugas  guru. Tanpa adanya guru bagaimanakah nasib bangsa dan kesinambungan tamadun kita pada masa hadapan?

Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang demi masa depan anak-anak bangsa kita. Jasa baik warga pendidik sekalian pasti akan dikenang biarpun telah bersara. Satu waktu sama ada cikgu berada di pasar ikan, di pasar raya, di pejabat pos, atau di mana-mana sahaja pasti guru-guru akan terdengar antara sapaan "Hai cikgu", "Apa khabar cikgu", "Saya rindu cikgu", "mama tu cikgu adik..."atau "Terima kasih cikgu" ,

Persediaan dan Perancangan 2012



Setelah  berehat, tidak termasuk guru-guru besar dan pengetua-pengetua(cuti mereka bergantung kepada cuti tahunan) warga pendidik pada waktu ini sedang sibuk untuk menyediakan persiapan untuk memulakan tugas bagi tahun 2012. Bukan sahaja sibuk menyediakan persiapan anak-anak ke sekolah bagi yang telah mempunyai anak, tetapi sibuk juga untuk anak-anak didik…begitulah tugas seorang guru, adakalanya terpaksa mengutamakan keperluan anak orang daripada anak sendiri…

Pihak yang paling sibuk sebelum memulakan sesi persekolahan ialah pihak pengurusan dan pentadbiran, pihak inilah yang menjadi perancang utama, memandu semua kakitangan agar menuju destinasi yang dikehendaki. Agihan tugas guru-guru, disesuaikan dengan peratusan SKT selain melihat kebolehan dan keupayaan, pengalaman guru-guru dalam bidang masing-masing. Seboleh yang mungkin guru-guru akan diberikan tugas yang sama rata.

Oleh hal yang demikian, banyak sekolah sudahpun memulakan mesyuarat persediaan sesi persekolahan 2012 ini. pembahagian buku rekod mengajar, edaran takwim sekolah. Perancangan sekolah sepanjang tahun sesi persekolahan sudah diketahui oleh warga pendidik di sekolah masing-masing. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dirancang mengikut kesesuaian takwim sekolah.

Kelemahan dan kekuatan setiap program yang dilaksanakan pada tahun 2011, menjadi panduan untuk bekerja. Semangat untuk memulakan tugas berkobar-kobar. Semoga semangat itu berterusan sehingga ke penghujung tahun malah sehingga ke penghujung perkhidmatan. Mudah-mudahan semangat warga pendidik tidak seperti kain bendera yang gagah berkibar pada awalnya, tetapi semakin pudar warna, lusu dan koyak rabak dek cuaca dan tiupan angin saban hari.


Kepada Seluruh Warga Pendidik,  Saya Mengucapkan
“Selamat Tahun Baru 2012 dan Selamat Bertugas”


24 Dis 2011

Ladang Ternakan Lembu Masilau

Ladang Ternakan Lembu Masilau ini terletak di Kundasang. Kawasan yang sejuk, dingin   ditambah dengan tiupan angin di kawasan ini kita akan melihat lembu-lembu yang bersaiz besar.


Antara kawasan padang rumput dan kawasan penternakan lembu

Lembu-lembu masuk ke kawasan pemerahan susu


Proses pemerahan  susu lembu 
 Anak-anak pasti mendapat pengalaman baru setelah melawat ke kawasan ini.





Anak-anak kita



Hanya tinggal seminggu lebih lagi, musim persekolahan 2012 akan bermula. Orang yang paling sibuk pada waktu ini ialah ibu dan ayah. Macam-macam yang difikirkan untuk persediaan persekolahan tahun baru. Kasut, baju, alat tulis, beg sekolah dan apa jua keperluan yang diperlukan anak-anak akan diusahakan oleh ibu ayah seboleh yang mungkin.


Memenuhi keperluan anak-anak satu kewajiban ibu ayah. Harapan mereka , anak-anak akan berjaya di dunia dan di akhirat, berbakti kepada orang tua selagi hayat masih ada.Ibu dan ayah tidak pernah mempersoalkan penat lelahnya mereka, wang ringgit. yang telah dibelanjakan.


Walau bagaimanapun, berapa ramai anak-anak yang tahu mengenang jasa ibu dan ayah mereka. Sedangkan segelintir anak-anak pergi sekolah hanya sekadar memenuhi kehendak ibu dan ayah, pergi sekolah hanya menyandang beg kosong, sedangkan kalau kita lihat anak-anak lain pergi sekolah setiap hari sampaikan nak sengit badan menggalas beg dan fail .  Bagaimana nak belajar kalau ke sekolah pen dan bukupun tak di bawa  bersama...

Bukan itu sahaja, di kelas pula, kerja sekolah tidak disiapkan, banyak alasan yang diberi kepada guru mata pelajaran. Buku rujukan atau buku latihan yang dibeli sehingga mencecah ratusan ringgit, tidak diendahkan anak-anak. Kasihan ibu bapa...

Kepada anak-anak harapan ibu ayah perlu dilihat dari sudut positifnya. Semuanya itu kerana mereka mengharapkan yang terbaik sepanjang hayat kehidupan anak-anak.

21 Dis 2011

Gaji oh gaji 2012



Senyuman Am...

Sedang sibuk berbincang dengan rakan bagi penambahbaikan hiasan pentas untuk satu majlis, saya  menoleh terlihat ada seseorang yang tersenyum kepada saya. Toleh kali kedua dia senyum lagi dalam hati berkata mungkin dia sedang tersenyum disebabkan bualan lawak rakan di sebelah, toleh kali ketiga dia senyum lagi. Siapalah mamat yang senyum meleret ni.

Saya ni bukannya muda lagi dah beranak pinak. Badanpun macam pokok jambu air. Semakin rendang…Tak lama selepas tu dia bergerak menuju ke arah saya, sambil berkata”Sah, memang kak Ida tidak kenal sayakan”

Saya kebinggungan.Yalah, saya langsung nak mengingati pemuda di hadapan ini. Siap panggil nama di kampung lagi. Dalam masa singkat berhadapan dengannya,  kotak fikiran  sibuk bekerja keras mengimbas gerangan anak muda ini.

Nak selamatkan keadaan, saya buat-buat kenal. Dia semakin mesra, malah bertanya hal-ehwal keluarga.Amboiii. Sepanjang perbualan saya sentiasa meneliti “hints” yang boleh mengingatkan saya kepada anak muda ni. Saya amat-amati wajahnya, sayang sekali memori saya masih belum menemui maklumat yang diperlukan. Saya cuba pula mengenalinya melalui suaranya. Saya masih tidak berjaya dalam permainan ini. Dia tersenyum lagi. Akhirnya, saya agak boleh cam dengan senyumannya. Yaaa, dia  Wan, Wan Am. Anak jiran di kawasan perumahan yang saya dan keluarga tinggal lebih dua puluh tahun yang lalu… Masya-Allah.


Sudah lama tidak bertemu dengan keluarga Wan Am. Pertemuan terakhir kira-kira lebih 20 tahun yang lalu. Masa tu Wan Am masih kanak-kanak lagi. mungkin berumur sekitar 8 tahun. Hinggusan lagi mana nampak tampannya. Kini Wan Am sudah dewasa, malah telah menjadi suami orang.

Syukur alhamdulillah masih ada anak-anak muda yang mengenali saya, biarpun telah lama saya meninggalkan mereka. Sikap anak muda ini sangat menyentuh perasaan saya.

Kini, sikap seperti ini sudah jarang kita temui. Jika ada remaja yang dikenali, terserempak di mana-mana, ada yang akan berpura-pura membuang pandangan ke arah lain, ada yang akan ambil langkah buat-buat tak kenal atau menyimpang ke arah lain.

Saya gembira dengan pertemuan ini, berasa rindu pula dengan kampung lama, terima kasih Am, biarpun pertemuan sesingkat ini, namun masih mampu mengimbau kenangan lama ketika dua puluh tahun yang lalu…

17 Dis 2011

Keyakinan diri


Motivasi didefinisikan sebagai keinginan yang kuat serta minat dan sebagai tarikan untuk melakukan sesuatu tindakan. Ramai orang yang berjaya kerana mereka mempunyai tahap motivasi yang tinggi. Mereka yang berjaya dan bermotivasi ini, tidak pernah mengaku kalah apabila berhadapan dengan kegagalan. Kegagalan dianggap sebagai guru yang terbaik untuk membetulkan kesilapan lalu. Selain itu, mereka juga beranggapan kegagalan ialah kejayaan yang tertangguh. Jadi, mereka sentiasa mempunyai kekuatan dalaman, mereka sentiasa berkata cubaaannn...


Bagi mencapai matlamat, mereka membuat perancangan. Ada plan A, ada plan B, C,D. Maknanya, mereka sentiasa ingin mencuba dengan pelbagai cara biarpun menemui kegagalan. Tidak perlulah kita melihat kejayaan tokoh-tokoh ternama di dunia ini. Lihat sahaja disekeliling kita yang hampir, kekuatan ayah, ibu, atau atau nenek, yang berjaya mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Mereka sanggup melakukan apa-apa juga usaha untuk memastikan matlamat mereka mendidik dan membesarkan anak-anak sehingga menjadi manusia yang  berguna kepada diri sendiri, keluarga dan negara akan tercapai.


Orang yang kurang motivasinya dan berkeyakinan diri disebabkan  beberapa faktor. Antaranya kurang pergaulan, kurang pengalaman, sentiasa takut untuk melakukan sesuatu perkara.


Jika kurang bermotivasi seseorang itu sentiasa menolak sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan, sentiasa ingin mendapatkan perhatian daripada orang sekeliling sebagai penyokong, tidak boleh bertindak bersendirian, matlamat hidup tidak jelas, takut gagal kerana mereka menganggap kegagalan yang diterima merupakan satu musibah yang buruk bukan untuk dipelajari, suka bergaul dengan orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan dalam kalangan orang yang pesimis.



Terlalu banyak kesan negatifnya jika menjadi orang yang kurang bermotivasi dan berkeyakinan diri. Adakalanya mereka akan menjadi pengikut sahaja, atau mereka akan sentiasa membantah sahaja atau sebagai insan yang sentiasa membina teori sahaja.

Ringkasnnya orang yang kurang bermotivasi dan keyakinan diri
  • kurang berinteraksi
  • malas bekerja
  • tidak kemas
  • suka meminta-minta
  • mudah putus asa
  • suka gosip dan mengumpat
  • defensif dan cepat marah
  • suka berbohong
  • gugup dan kelihatan gugup
Oleh itu, kenal pasti kelemahan dan kekuatan diri. Binalah keyakinan diri sedikit demi sedikit dari sehari ke sehari agar kehidupan akan lebih bermakna dan dapat mengembirakan orang yang tersayang...


Rujukan: http://www.motivasikecemerlanganpelajar.com/

16 Dis 2011

Warna-warni kehidupan



Kehidupan kita  bagai pelangi. Lapisan-lapisan yang berwarna-warni. Adakalanya kita melihat warna yang kita sukai, dan ada waktunya pula kita akan melihat warna pelangi yang suram dan pudar. Begitulah kehidupan kita. Ada kalanya kita akan berada di landasan yang membahagiakan, mengembirakan. Ada waktunya pula berada di landasan yang menyedihkan, malahan kekecewaan itu seolah-olah menjadikan diri tidak mampu untuk berdiri lagi. Sedih amat menyedihkan, kecewa amat mengecewakan...menyakitkan...

Berderai-derai air mata siang dan malam. Paling tidakpun duduk bersendirian meratapi nasib diri, gagal peperiksaan, dimahari ibu bapa, dimarahi majikan, dimarahi suami, isteri  atau tersalah langkah mengambil keputusan dalam kehidupan.

Untuk seketika kita wajar berperasaan seumpama itu. Kita insan istimewa yang dianugerahi oleh Allah dengan pelbagai perasaan.Yalahkan takkanlah jika kita kecewa kita akan ketawa terbahak-bahak, atau ketawa mengilai-ilai. Air mata pulak bercucuran membasahi pipi dan baju...

Sebenarnya, suka duka, pahit maung yang kita lalui untuk mematangkan kita sebagai insan yang berkeperibadian yang kuat dan utuh.  Bersyukurlah kita diuji sedemikian. Bersabarlah jika kita melalui saat-saat getir, sesungguhnya bersabar satu  permulaan yang baik dalam satu-satu musibah yang mendatang dalam kehidupan yang kita lalui...




15 Dis 2011

Masilau Nature Resort





Masilau Nature Resort antara tempat yang menarik untuk dikunjungi. Tempat ini sangat dingin kerana berada di kaki Gunung Kinabalu.

Kawasan ini menyediakan kemudahan penginapan dan restoran.Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah klik laman www.mesilaunatureresort.com

13 Dis 2011

Jinaknya Ikan-Ikan di Luanti

Tengok ikan di dalam kolam satu pengalaman yang biasa buat kita. Walau bagaimanapun pengalaman dikelilingi ikan yang berbagai-bagai saiz dan jinak di sebatang sungai satu pengalaman yang asing bagi sesetengah kita.






Melihat ikan yang banyak dari jarak dekat memang seronok, tetapi apabila ikan mula menghampiri, bermain sambil menggesel-geselkan badannya yang licin dan menghisap jejari tangan dan kaki kita, pasti ada yang mula berasa geli gelaman.Pengalaman inilah akan menjadi ingatan bagi setiap pengunjung yang datang ke sini.

Keistimewaan Taman Air Panas Poring


Poring juga merupakan kawasan yang digemari oleh pelancong dalam dan pelancong luar negara. Poring spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Perkataan Poring diambil dari bahasa KadazanDusun.


Kawasan ini terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu, Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.


Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.

Taman Kupu-kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid juga terdapat di sini.

11 Dis 2011

Gunung Kinabalu

Negeri di Bawah Bayu terkenal dengan hasil bumi dan tarikan alam semula jadinya. Antara tempat yang menjadikan Sabah sebagai pusat pelancongan di negeri ini ialah Gunung Kinabalu.

Gunung ini terletak di daerah Ranau. Kira-kira 110KM dari Kota Kinabalu. Perjalanan untuk sampai ke sini dari Kota Kinabalu mengambil masa 1 jam 45 minit hingga 2 jam. Gunung ini berketinggian 4,095M (13,435 k.
Pelbagai acara menarik yang diadakan bagi memperkenalkannya di mata dunia. Acara "Mount Kinabalu international Climbathon ", menjadi acara tahunan Negeri Sabah.

Jika ingin menginap di daerah ini, banyak kemudahan penginapan untuk disewa, sama ada ingin menginap di kawasan penginapan Tanam Negara,penginapan sepanjang jalan Ranau-Taman Negara Kinabalu,Kundasang atau di Pekan Ranau. Yang penting buatlah tempatan terlebih dahulu agar perjalanan tidak sia-sia untuk melihat pemandangan Gunung Kinabalu, yang indah, suasana yang nyaman, sejuk dan mendamaikan.

10 Dis 2011

Biarlah berpada-pada

Selamat pengantin baru
selamat berbahagia
selamat ke anak cucu
selamat sejahtera
Inilah antara lirik lagu yang sering kita dengar berkumandang di majlis-majlis perkahwinan. Lagu ini ada umpphnya. Set karaoke untuk majlis perkahwinan seolah-olah satu yg wajib untuk menambahkan kemeriahan majlis. Mudah-mudahan dengan lagu-lagu yang disampaikan akan menghiburkan tetamu yang hadir.


Bagi tetamu pula lagu-lagu yang didendangkan menjadi halwa telinga dan menghiburkan, malahan lagu-lagu yang didendangkan mampu menjentik kenangan manis atau kenangan pahit  masa  lampau. Adalah yang tersedak, adalah yang tersenyum, ada yang terhenti  sewaktu sedang mengunyah juadah kerana kenangan mengusik jiwa.

Pun begitu, bagaimanakah semuanya itu akan menjadi sentuhan jiwa dan halwa telinga apabila had bunyi pembesar suara membengitkan teliga tetamu yang hadir?

8 Dis 2011

Teringat akan lirik lagu ini,



DI DALAM SEPI ITU
Terasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani
Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu


Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah...
di antara kita...

Oppa,

biar waktu melabuhkan tirai,
biar angin tersungkur dihamparan,
biar ombak lesu keletihan memukul pantai,
kasih yang tidak bertaut, tak pernah pudar,
rindu yang tidak terlerai, tak pernah sirna,

sabarlah,
pasrahlah,
berdoalah,
biar damai selamanya...

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas...

Budaya merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia dan berfungsi untuk mengatur kehidupan kelompok masyarakat menjadi lebih teratur dan harmonis. Dengan adanya budaya tamadun sesuatu bangsa akan menjadi lebih tinggi kerana dianggap maju. Walau bagaimanapun budaya sesebuah masayarakat diancam oleh budaya kuning yang semakin menguasai semua aspek kehidupan kita pada masa kini. Diharapkan agar, semua pihak akan menyedari bahawa tanpa budaya bangsa maka akan terhakislah peraturan kehidupan bangsa tersebut.


Jika hal ini berlaku sudah pasti tamadun sesebuah bangsa akan runtuh.Menyedari akan hakikat ini,biarlah kemajuan sesebuah negara seiring dengan pembangunan budaya bangsa tersebut. Disebabkan kita leka dengan kemajuan kita telah terlupa budaya dan peradapan bak kata yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran dan kita tidak perlu menjadikan kemajuan sesebuah negara harus dibayar dengan keruntuhan budaya dan peradapan bangsanya.

7 Dis 2011

Sikap kita...

Musim cuti persekolahan begini, ramailah pasangan akan melangsungkan perkahwinan. Maka sibuklah seisi rumah. Persiapan perkahwinan dahulu dengan sekarang jauh bezanya. Bagi mereka yang tinggal di kampung, masih ada lagi tradisi bergotong-royong menyiapkan santapan tetamu yang hadir...walau bagaimanapun, tempias bandar, juga kini melanda persiapan perkahwinan di kampung. Sudah ada " Wedding Planner". Meski tidak se gah di bandar, tetapi sudah ada "ruh"nya.

Kesannya kos perkahwinan akan meningkat berkali-kali ganda.

Satu lagi masalah yang melanda masyarakat kita pada hari ini apabila kita sudah tidak punya waktu untuk menghadiri undangan majlis perkahwinan. Entah Kenapa?. Wal hal minggu lepas,bulan lepas, tahun lepas, mereka menghadiri undangan majlis perkahwinan anak kita...


Mengapa kita bersikap seperti itu????