24 Dis 2011

Anak-anak kita



Hanya tinggal seminggu lebih lagi, musim persekolahan 2012 akan bermula. Orang yang paling sibuk pada waktu ini ialah ibu dan ayah. Macam-macam yang difikirkan untuk persediaan persekolahan tahun baru. Kasut, baju, alat tulis, beg sekolah dan apa jua keperluan yang diperlukan anak-anak akan diusahakan oleh ibu ayah seboleh yang mungkin.


Memenuhi keperluan anak-anak satu kewajiban ibu ayah. Harapan mereka , anak-anak akan berjaya di dunia dan di akhirat, berbakti kepada orang tua selagi hayat masih ada.Ibu dan ayah tidak pernah mempersoalkan penat lelahnya mereka, wang ringgit. yang telah dibelanjakan.


Walau bagaimanapun, berapa ramai anak-anak yang tahu mengenang jasa ibu dan ayah mereka. Sedangkan segelintir anak-anak pergi sekolah hanya sekadar memenuhi kehendak ibu dan ayah, pergi sekolah hanya menyandang beg kosong, sedangkan kalau kita lihat anak-anak lain pergi sekolah setiap hari sampaikan nak sengit badan menggalas beg dan fail .  Bagaimana nak belajar kalau ke sekolah pen dan bukupun tak di bawa  bersama...

Bukan itu sahaja, di kelas pula, kerja sekolah tidak disiapkan, banyak alasan yang diberi kepada guru mata pelajaran. Buku rujukan atau buku latihan yang dibeli sehingga mencecah ratusan ringgit, tidak diendahkan anak-anak. Kasihan ibu bapa...

Kepada anak-anak harapan ibu ayah perlu dilihat dari sudut positifnya. Semuanya itu kerana mereka mengharapkan yang terbaik sepanjang hayat kehidupan anak-anak.