Kehidupan kita bagai pelangi. Lapisan-lapisan yang berwarna-warni. Adakalanya kita melihat warna yang kita sukai, dan ada waktunya pula kita akan melihat warna pelangi yang suram dan pudar. Begitulah kehidupan kita. Ada kalanya kita akan berada di landasan yang membahagiakan, mengembirakan. Ada waktunya pula berada di landasan yang menyedihkan, malahan kekecewaan itu seolah-olah menjadikan diri tidak mampu untuk berdiri lagi. Sedih amat menyedihkan, kecewa amat mengecewakan...menyakitkan...
Berderai-derai air mata siang dan malam. Paling tidakpun duduk bersendirian meratapi nasib diri, gagal peperiksaan, dimahari ibu bapa, dimarahi majikan, dimarahi suami, isteri atau tersalah langkah mengambil keputusan dalam kehidupan.
Untuk seketika kita wajar berperasaan seumpama itu. Kita insan istimewa yang dianugerahi oleh Allah dengan pelbagai perasaan.Yalahkan takkanlah jika kita kecewa kita akan ketawa terbahak-bahak, atau ketawa mengilai-ilai. Air mata pulak bercucuran membasahi pipi dan baju...
Sebenarnya, suka duka, pahit maung yang kita lalui untuk mematangkan kita sebagai insan yang berkeperibadian yang kuat dan utuh. Bersyukurlah kita diuji sedemikian. Bersabarlah jika kita melalui saat-saat getir, sesungguhnya bersabar satu permulaan yang baik dalam satu-satu musibah yang mendatang dalam kehidupan yang kita lalui...