17 Dis 2011

Keyakinan diri


Motivasi didefinisikan sebagai keinginan yang kuat serta minat dan sebagai tarikan untuk melakukan sesuatu tindakan. Ramai orang yang berjaya kerana mereka mempunyai tahap motivasi yang tinggi. Mereka yang berjaya dan bermotivasi ini, tidak pernah mengaku kalah apabila berhadapan dengan kegagalan. Kegagalan dianggap sebagai guru yang terbaik untuk membetulkan kesilapan lalu. Selain itu, mereka juga beranggapan kegagalan ialah kejayaan yang tertangguh. Jadi, mereka sentiasa mempunyai kekuatan dalaman, mereka sentiasa berkata cubaaannn...


Bagi mencapai matlamat, mereka membuat perancangan. Ada plan A, ada plan B, C,D. Maknanya, mereka sentiasa ingin mencuba dengan pelbagai cara biarpun menemui kegagalan. Tidak perlulah kita melihat kejayaan tokoh-tokoh ternama di dunia ini. Lihat sahaja disekeliling kita yang hampir, kekuatan ayah, ibu, atau atau nenek, yang berjaya mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Mereka sanggup melakukan apa-apa juga usaha untuk memastikan matlamat mereka mendidik dan membesarkan anak-anak sehingga menjadi manusia yang  berguna kepada diri sendiri, keluarga dan negara akan tercapai.


Orang yang kurang motivasinya dan berkeyakinan diri disebabkan  beberapa faktor. Antaranya kurang pergaulan, kurang pengalaman, sentiasa takut untuk melakukan sesuatu perkara.


Jika kurang bermotivasi seseorang itu sentiasa menolak sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan, sentiasa ingin mendapatkan perhatian daripada orang sekeliling sebagai penyokong, tidak boleh bertindak bersendirian, matlamat hidup tidak jelas, takut gagal kerana mereka menganggap kegagalan yang diterima merupakan satu musibah yang buruk bukan untuk dipelajari, suka bergaul dengan orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan dalam kalangan orang yang pesimis.



Terlalu banyak kesan negatifnya jika menjadi orang yang kurang bermotivasi dan berkeyakinan diri. Adakalanya mereka akan menjadi pengikut sahaja, atau mereka akan sentiasa membantah sahaja atau sebagai insan yang sentiasa membina teori sahaja.

Ringkasnnya orang yang kurang bermotivasi dan keyakinan diri
  • kurang berinteraksi
  • malas bekerja
  • tidak kemas
  • suka meminta-minta
  • mudah putus asa
  • suka gosip dan mengumpat
  • defensif dan cepat marah
  • suka berbohong
  • gugup dan kelihatan gugup
Oleh itu, kenal pasti kelemahan dan kekuatan diri. Binalah keyakinan diri sedikit demi sedikit dari sehari ke sehari agar kehidupan akan lebih bermakna dan dapat mengembirakan orang yang tersayang...


Rujukan: http://www.motivasikecemerlanganpelajar.com/