Negeri di Bawah Bayu terkenal dengan hasil bumi dan tarikan alam semula jadinya. Antara tempat yang menjadikan Sabah sebagai pusat pelancongan di negeri ini ialah Gunung Kinabalu.
Gunung ini terletak di daerah Ranau. Kira-kira 110KM dari Kota Kinabalu. Perjalanan untuk sampai ke sini dari Kota Kinabalu mengambil masa 1 jam 45 minit hingga 2 jam. Gunung ini berketinggian 4,095M (13,435 k.
Pelbagai acara menarik yang diadakan bagi memperkenalkannya di mata dunia. Acara "Mount Kinabalu international Climbathon ", menjadi acara tahunan Negeri Sabah.
Jika ingin menginap di daerah ini, banyak kemudahan penginapan untuk disewa, sama ada ingin menginap di kawasan penginapan Tanam Negara,penginapan sepanjang jalan Ranau-Taman Negara Kinabalu,Kundasang atau di Pekan Ranau. Yang penting buatlah tempatan terlebih dahulu agar perjalanan tidak sia-sia untuk melihat pemandangan Gunung Kinabalu, yang indah, suasana yang nyaman, sejuk dan mendamaikan.